28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berang Cinta Ditolak, Remaja 16 Tahun Tamatkan Riwayat Rakan Sekolah Di Warung Kopi

    Shopee Sale



    Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku telah membunuh rakan sekolahnya gara-gara berang cintanya ditolak oleh wanita terbabit.

    Berang cinta ditolak

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Tribunnews, kejadian yang berlaku di Indonesia itu terbongkar ketika seorang individu yang dikenali dengan nama Zamroni membersihkan kedai kopinya yang sudah hampir sebulan ditutup. Ketika itu, dia terhidu bau yang sangat busuk dan disebabkan itu, dia mula mencari arah datangnya bau tersebut.

    Alangkah terkejutnya apabila melihat sekujur tubuh manusia berada di bawah sebuah meja. Susulan daripada itu, dia meminta pertolongan penduduk setempat sebelum tampil membuat laporan polis.

    Tidak sampai 24 jam, pihak polis akhirnya berjaya mengenal pasti identiti mangsa. Mangsa merupakan seorang pelajar yang berusia 16 tahun dan hasil siasatan membongkarkan, suspek iaitu rakan sekolah mangsa adalah dalang disebalik pembunuhan itu.

    Mangsa adalah rakan suspek dan pembunuhan itu sudah dirancang. Mangsa dijemput dan dibawa ke lokasi kejadian pada 10 Januari lalu.

    Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana tidak boleh menerima kenyataan bahawa cintanya ditolak oleh mangsa.

    MENARIK:  Selepas Tujuh Tahun, Vicha Jalani Pembedahan Bariatrik Kali Kedua

    Suspek telah memukul mangsa dan menghentakkan kepala mangsa ke tembok. Tidak cukup dengan itu, suspek menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga meninggal dunia.

    Difahamkan, mayat mangsa hanya ditemui lima hari selepas dibunuh. Sebelum ini, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah