Pernah tak tengok creator kat TikTok Shop buat content affiliate sampai sold out dalam beberapa minit… lepastu terfikir, “Eh… kalau aku buat pun boleh jadi jugak kot?”
Ha! Kalau hati dah terdetik macam tu, ini lah peluang terbaik korang. Baru-baru ni, TikTok Shop anjurkan TikTok Shop Creator Icon, satu program mentorship khas untuk asah bakat-bakat baru yang nak serius bina kerjaya sebagai creator affiliate.
Siap dapat tunjuk ajar dari nama-nama besar dalam industri dan belajar cara bina bisnes digital yang betul-betul sustain. Serious best weh!
Program mentorship yang beri manfaat untuk creator baru!

Program ni bukan setakat bagi talk je, peserta dapat latihan praktikal, terus apply apa yang mentor ajar. Fokus utama termasuk:
- Cara develop personal branding yang tahan lama
- Teknik content strategy untuk grow audience
- Platform policies supaya content kreatif korang tak violate guidelines
Pendek kata, dari asas sampai advance, semua ada!
Barisan mentor yang memang gempak!

Bukan calang-calang nama tau yang join. Semua mentor ni creator besar yang memang prove diri mereka sebagai top affiliate untuk ekonomi digital Malaysia. Antara yang turun padang:
- Pinn Yang
- Khairulaming
- Almiyaz
- Hello Sonia
- LihYing (Neo the Nyonya)
- Nynabukater
Seronok sebab dapat dengar real journey dan strategi mereka sendiri!
Event paling padu! Siap ada real task untuk creator baru!
Event TikTok Shop Creator Icon ni diadakan pada 20 November, dari 10 pagi – 4 petang di Bangsar Nexus Connection. Suasana pun memang seronok sebab creator semua dapat:
- Breakfast dan lunch buffet
- Campaign briefing
- Mentor reveal
- Discussion session
- Creator Task Journey – networking dekat brand booth sambil buat content on the spot
Memang level masuk kelas, terus action.
Misi TikTok Shop: Sokong ekonomi digital & bantu creator jana pendapatan stabil

Creator Icon ni sejajar dengan komitmen TikTok Shop untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia, sambil bantu creator tempatan bina pendapatan yang lebih sustainable dan support perniagaan MSME tempatan.
Kiranya, bukan setakat upgrade creator… tapi upgrade ekosistem digital Malaysia sekali.
Melalui TikTok Shop Creator Icon, TikTok Shop terus memperkukuhkan peranan sebagai platform yang membina ruang untuk lebih ramai rakyat Malaysia jana pendapatan digital dengan cara yang kreatif dan berkesan.
Program ini dicipta untuk melahirkan generasi baru creator affiliate yang bukan saja mahir buat content, tetapi mampu bina bisnes digital yang kukuh dan konsisten.
Nak join next creator icon? Jom follow perkembangan & tengok video penuh!
Nak tahu lebih banyak pasal Creator Icon atau join next wave? Jom check video penuh di sini.
Kalau next batch buka nanti, confirm ramai berebut. Standby siap-siap weh!
The post TikTok Shop Lancar Creator Icon, Siap Mentor Top Creator Turun Ajar! first appeared on OHBULAN!.





