31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Park Sifatkan Andika Putera Lelaki Beradab & Tak Sombong – ‘Berubah Persepsi Lepas Jumpa Depan-Depan’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial iaitu Bella Park menyifatkan usahawan sensasi, Andika Putera seorang individu yang sangat beradab dan menghormati orang lain.

    Bella Park puji Andika Putera

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Bella mengakui tanggapannya terhadap Andika berubah selepas pertama kali bertemu dengan pengasas kumpulan Old Money Malaysia itu.

    Menurut Bella, Andika sangat berbeza seperti apa yang diperkatakan di media sosial selain menyifatkan lelaki itu seorang yang peramah dan beradab.

    Berubah persepsi Bella dekat Andika ni bila jumpa depan-depan. Dia orang yang sangat beradab lepas tu ramah dan tak sombong. Semua orang da tegur tak kira staf pun.

    Kami pergi pejabat dia sebab guna pejabat dia untuk live baru ni. Dia baik, tu yang tak sangka sebab tengok dekat media sosial je.

    Tambah Bella lagi, bukan hanya dirinya yang menyedari tetapi staf yang lain juga turut memuji sikap dan kebaikan yang dimiliki Andika.

    MENARIK:  Coretan Isteri Pertama PU Abu dan Pembelajaran tentang Mengalah dan Berjuang

    Malah Bella berpendapat Andika tidak seperti segelintir individu yang hanya ‘berlakon’ di depan kamera tetapi realiti adalah sebaliknya.

    Bab yang benda lain tu tak sokong lah (isu curang) tapi adab tu memang A. Semua staff dan orang yang ada masa tu puji dia.

    Tak macam sesetengah orang kan, berlagak acah terpaling tapi depan kamera lain.

    Perkongsian Bella Park

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah