Seorang indvidu mendakwa menerima layanan kurang baik daripada seorang selebriti yang tidak didedahkan namanya ketika mereka berjumpa di sebuah konsert, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astilah Bagi ‘Pickup Line’, Syed Saddiq Tergamam – ‘Kopi Pahit, Tapi Kisah Kita Yang Manis’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’
Sikap acuh tidak acuh

Menerusi hantaran video di TikTok, individu itu mendakwa artis terbabit bersikap acuh tidak acuh ketika diminta mengambil gambar bersama.
Saya ada jumpa dengan seorang artis ini, dia berasal dari Sabah. Saya jumpa ketika di konsert Rossa baru-baru ini.
Saya cakap lah saya pun asal Sabah, tapi dia punya reaksi macam ‘krik-krik’. Kemudian saya ajak bergambar dan selepas bergambar saya ucap terima kasih. Tapi dia hiraukan saya dan terus angkat call.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana artis, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bagaimanapun terpanggil untuk bersuara apabila ramai mendakwa dirinya adalah selebriti yang dimaksudkan.
Sedikit terkilan apabila dilabel bersikap kurang mesra dengan peminat, Bella berkata, dia memohon maaf jika ada sikapnya yang menimbulkan rasa kurang senang individu itu.
Mula-mula saya nak husnuzon yang itu bukan saya, tapi banyak sangat mentioned nama saya dan awak ada sebut konten dengan YB.
Ya Allah, pertama kali jumpa dan menilai saya, janganlah begitu. Kadang kala panggilan telefon itu terlalu penting (orang meninggal ke, call dari sekolah anak-anak).
Tetapi tidak mengapa ramai lagi yang kenal saya. Ketika saya buat persembahan walau penat macam mana pun saya akan layan. Maaf atas kesilapan dan kekurangan dari saya ya.
Pun begitu, individu itu bertindak memadam perkongsian berkenaan selepas beberap jam dimuat naik.
Sumber: TikTok
The post Bella Astillah Terkilan Didakwa Tak Mesra Layan Peminat – ‘Pertama Kali Jumpa Dah Menilai Saya’ first appeared on OHBULAN!.





