30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Kongsi Detik Cemas, Afwa Termasukkan Manik Mainan Dalam Hidung

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman mencemaskan apabila anak keduanya, Muhammad Afwa, memasukkan manik mainan ke dalam hidung ketika bermain.

    Artikel Berkaitan: ‘Ini Mungkin Persembahan Terakhir’ – Siti Nurhaliza Kenang Momen Bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah

    Artikel Berkaitan: Aafiyah & Afwa ‘Request’ Nak Menyanyi Di Konsert Tradisional Siti Nurhaliza, Netizen Sokong!

    Anak bertuah

    Menerusi perkongsian di Instagram, Siti memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia baru pulang daripada menjalani latihan bagi persiapan Konsert Gema Bumantara.

    Anak bertuah, ibu balik rumah dari latihan dia buat magik masukkan biji mutiara mainan dalam lubang hidung. Dah kena pergi kecemasan.

    Masa ni Afwa tengah gementar, ibu lagilah tengah cuak.

    Macam mana lah nak keluarkan manik mutiara tu macam besar je, aduhai nak kena bedah ke apa? Kena tunggu pakar ENT datang.

    Bagaimanapun, keadaan yang pada awalnya mencetuskan kebimbangan bertukar menjadi kelegaan apabila manik tersebut akhirnya terkeluar ketika Afwa bersin.

    Dalam gementar, Afwa kata ibu Afwa nak terbersin tapi dia takut. Agaknya dah tahan lama sangat nak bersin dia lepaskan juga.

    Sekali keluar biji manik tu dengan hingus-hingus dekat tangan ibu. Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini.

    Pada 21 Ogos 2006, Siti Nurhaliza selamat mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  ‘Jadi Perempuan Harus Refleksi Diri, Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang Lain’ – Mimi Lana

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

    Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober ini.

    Konsert tersebut dianjurkan sebagai tanda penghargaan buat peminat, selain menjadi usaha Siti untuk mengangkat muzik tradisional agar terus mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu.

    Sumber: Instagram

    The post Siti Nurhaliza Kongsi Detik Cemas, Afwa Termasukkan Manik Mainan Dalam Hidung first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah