30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isi Jiwa Dengan Konsert M.Nasir ‘Cipta’, Bakal Menanti Penggemar Seni Ogos Ini

    Shopee Sale



    mnasir

    Maestro muzik negara, Datuk M. Nasir bakal mengadakan konsert sempena 45 tahun penglibatannya dalam dunia seni.

    Jangan lepaskan peluang

    mnasir

    Konsert Datuk M.N45ir Cipta dijadualkan bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Ogos ini yang dibawakan oleh Icon Entertainment.

    Mewakili Icon Entertainment, Iman Tang berkata konsert tersebut adalah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti daripada seorang karyawan seni lalu menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan.

    Menerusi Datuk M.N45ir Cipta, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka.

    Beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

    Dalam pada itu, sebagai seniman sejati, pemilik nama sebenar Mohammad Nasir Mohamed ini tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’.

    Tujuan saya untuk menghiburkan orang dan mereka akan bawa balik dengan kegembiraan dan jiwa yang terisi. Mungkin juga mereka boleh belajar sesuatu dari lagu-lagu saya. Itu akan membuatkan saya gembira.

    Harapan saya adalah supaya persembahan saya nanti akan dapat memenuhi apa yang peminat inginkan.

    Konsert ini akan memulakan penjualan tiket pada 27 Mei ini di http://www.ticket.com.my.

    MENARIK:  Nelydia Senrose Respon Hantaran Aprena Manrose Tentang Anak – ‘Saya Faham Perasaan Dia..Kami Sama-Sama Menanti Zuriat’

    Harga tiket bermula dengan harga RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS) menanti anda.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah