Bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan membuat kejutan apabila mengumumkan telah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Hana Elite Diisytihar Bangkrap Kerana Watie
Artikel Berkaitan: Mahu Selesai Cara Baik, Watie Setuju Bayar RM2k Sebulan Kepada Hana
Selamat berkahwin

Berita gembira itu diketahui selepas pelakon, Azah Aziz berkongsi momen menghadiri majlis rakannya menerusi Instagram Story (IGS) miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Azah kelihatan teruja menghadiri resepsi sambil merakam detik penyanyi itu mengesahkan dirinya kini sah bergelar isteri.
Ya, saya sudah berkahwin.
Dalam kesempatan itu, Azah berseloroh bahawa Hana berkemungkinan akan tular susulan berita perkahwinannya.
Esok (hari ini) kau viral.
Sumber: Instagram
The post Bekas Anggota Elite, Hana Adnan Kini Bergelar Isteri first appeared on OHBULAN!.





