30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shikin Maembong Akui Masih Dalam Proses Belajar Tutup Aurat – ‘Kena Tukar Koleksi Pakaian Hampir 100 Peratus’

    Shopee Sale

    Pelakon Shikin Maembong mengakui keputusan untuk berhijab bukanlah satu perubahan yang mudah.

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Suruh Berhenti Berniaga & Fokus Melukis..Dari Situlah Saya Kembali Jadi Pelukis’ – Shikin Maembong

    Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Ini Ibadah Dijaga Tapi Masih Rasa Ada Sesuatu Yang Kurang’ – Shikin Maembong Kongsi Detik Permulaan Berhijab

    Masih dalam proses belajar

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Nur ‘Ashikin Ismail berkata, dia masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha menutup aurat dengan lebih sempurna.

    Selain itu, isteri kepada penyanyi kumpul Ruffedge iaitu Cat Farish berharap orang ramai dapat mendoakan perjalanannya ke arah kebaikan.

    Sebenarnya keputusan bertudung ini agak berat juga. Jadi apabila kita memutuskan untuk berubah ke arah kebaikan, bukanlah terus 100 peratus.

    Maksudnya saya masih belum sempurna lagi tetapi perlahan-lahan, insya-Allah.

    Shikin berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Ekslusif Filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang berlangsung di TGV, KLCC pada Khamis.

    Dalam pada itu, Shikin menjelaskan antara cabaran yang dihadapinya adalah perlu menyesuaikan semula koleksi pakaian sedia ada dengan imej baharunya.

    MENARIK:  [VIDEO] Gelagat Airit Rayyan Masak Curi Tumpuan – ‘Dah Macam Kena Ruqyah Pula Panas-Panas’

    Tambah Shikin, dia masih mengenakan sesetengah pakaian lama dengan melakukan beberapa perubahan yang bersesuaian.

    Bila kita nak menutup aurat, kita kena tukar koleksi pakaian hampir 100 peratus. Jadi perlahan-lahan kena cari baju yang labuh.

    Buat masa sekarang, ada juga pakaian lama yang saya pakai semula tetapi saya cuba sesuaikan dengan pemakaian lapisan dalam, pakaian yang lebih labuh atau digayakan bersama seluar.

    Fesyen itu masih boleh dipadankan dengan apa yang ada sekarang. Saya memang tengah menuju ke arah kebaikan.

    Jadi doakan saya perlahan-lahan untuk menutup semuanya.

    Terdahulu, Shikin memuat naik foto mengenakan tudung berwarna putih dan menyatakan penampilan terbaharu itu adalah hadiah istimewa buat Cat Farish sempena ulang tahun kelahirannya.

    The post [VIDEO] Shikin Maembong Akui Masih Dalam Proses Belajar Tutup Aurat – ‘Kena Tukar Koleksi Pakaian Hampir 100 Peratus’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah