Penyanyi, Wani Kayrie tidak menyangka lagu Jangan Jangan yang dilancarkan 11 tahun lalu kembali mendapat perhatian apabila tular di media sosial dan digunakan sebagai muzik latar dalam hantaran warganet.
Artikel Berkaitan: AJL40: Persembahan ‘Cak Cak Cekuk’ Meriah & Dapat ‘Standing Ovation’, Wani Kayrie Angkut 61 Penari Atas Pentas
Lagu tuah

Ketika dihubungi , Wani, 26, berkata dia terkejut apabila lagu berkenaan kembali menjadi pilihan ramai selepas sekian lama dilancarkan.
Saya tak sangka lagu itu akan naik balik. Mungkin kerana satu posting lelaki yang nyanyi acapella lagu itu dan baru-baru ini di acara Keretapi Sarong, ramai request saya nyanyi lagu ini.
Jadi sebagai penghargaan kerana permintaan ramai, saya belanja juga lagu Jangan Jangan walaupun pada asalnya permintaan lagu hanya tiga sahaja.
Sejujurnya, saya rasa sangat terharu sebab lagu yang dah berusia 11 tahun ini masih menjadi pilihan ramai dan viral kembali di media sosial setelah sekian lama.
Mengimbas kembali detik lagu berkenaan dilancarkan pada 2015, Wani berkata Jangan Jangan merupakan karya pertama selepas dia melakukan penjenamaan semula namanya dalam industri muzik.
Bagi Wani, sambutan semula terhadap lagu tersebut selepas lebih sedekad membuktikan karya lama juga mampu kembali mendapat tempat apabila diperkenalkan semula kepada generasi baharu.
11 tahun lalu ketika lagu ini dilancarkan, saya begitu tak sangka dengan penerimaannya. Video promosi pertama untuk lagu ini juga viral pada tahun itu.
Ke mana-mana saya pergi, ramai mula kenal saya dengan lagu itu. Jangan Jangan merupakan lagu tuah saya, lagu tuah seorang Wani Kayrie.
Pada tahun itu juga iaitu pada 2015 saya baru sahaja rebranding semula nama, Jangan Jangan merupakan lagu pertama selepas saya rebranding nama.
Satu penghargaan, mungkin ada yang membesar dengan saya dan peminat yang meminati lagu itu ketika itu sekarang sudah kahwin dan mempunyai anak.
The post Wani Kayrie Tak Sangka ‘Jangan Jangan’ Kembali Tular Selepas 11 Tahun – ‘Lagu Tuah Saya’ first appeared on OHBULAN!.





