30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KTIP Jadi Taman Perindustrian Pertama Pantai Timur Dapat Sokongan MIDA

    Shopee Sale

    Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP) mencatat satu lagi pencapaian apabila menerima sokongan sebagai Taman Perindustrian Terurus atau Managed Industrial Park (MIP), sekali gus menjadi taman perindustrian pertama di Pantai Timur Malaysia yang menerima konsep berkenaan.

    KTIP dibangunkan oleh MGB Berhad (MGB), syarikat pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluar Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad.

    Terletak di Kertih, Terengganu, taman perindustrian itu mempunyai keluasan kasar kira-kira 1,007 ekar dan menawarkan tempoh pegangan tanah selama 99 tahun.

    KTIP sedia tarik pelaburan domestik dan antarabangsa

    Dengan lokasi strategik serta disokong infrastruktur dan jaringan hubungan sedia ada, KTIP dilihat mempunyai potensi untuk menarik pelaburan domestik dan antarabangsa ke Pantai Timur.

    KTIP turut memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pada 2025, menandakan satu perkembangan penting dalam perancangan dan pembangunan taman perindustrian berkenaan.

    Konsep MIP pula memberi tumpuan kepada pengurusan taman perindustrian secara profesional, merangkumi aspek infrastruktur, daya saing perniagaan, kelestarian alam sekitar serta kesiapsiagaan operasi.

    Pencapaian itu dijangka dapat mengukuhkan kedudukan KTIP sebagai destinasi perindustrian strategik dan meningkatkan daya tarikannya kepada pelabur yang ingin meneroka peluang di Pantai Timur.

    Kerjasama MGB, MIDA perluas pendedahan KTIP

    Susulan pencapaian tersebut, MGB dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) turut mengadakan satu majlis kerjasama bagi mempromosikan KTIP kepada komuniti pelaburan domestik dan antarabangsa.

    Melalui rangkaian promosi pelaburan MIDA, kerjasama itu dijangka dapat meningkatkan keterlihatan KTIP dalam kalangan pelabur, selain memudahkan interaksi dengan pelabur berpotensi serta menyokong usaha mendekati komuniti pelaburan.

    MENARIK:  Bekas Anggota Elite, Hana Adnan Kini Bergelar Isteri

    Majlis berkenaan disempurnakan bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San; Pengarah Eksekutif, Promosi Pelaburan, MIDA, Faizal Jalaludin; serta Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn. Bhd., Tn. Hj. Awasi bin Mohamad.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan MGB Berhad, Datuk Wira Lim Hock Guan; Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Lim Lit Chek; Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Lim Kim Hoe; serta Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Wong Tack Leong dan Encik Chew Wee Seong.

    Dijangka buka lebih banyak peluang perniagaan

    Menurut Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, sokongan MIDA menjadi pencapaian penting bagi KTIP dan mencerminkan komitmen MGB untuk membangunkan destinasi perindustrian yang diurus dengan baik, berdaya saing serta bersedia menerima pelaburan di Pantai Timur Malaysia.

    Beliau berkata, sokongan itu turut memperkukuh daya tarikan pelaburan KTIP serta memberi asas untuk memperkenalkan taman perindustrian berkenaan kepada komuniti pelaburan yang lebih luas.

    Dengan rangkaian promosi pelaburan dan capaian antarabangsa MIDA, KTIP disasarkan dapat menarik pelaburan berkualiti, selain membuka peluang perniagaan dan pekerjaan baharu.

    Kerjasama MGB dan MIDA itu juga dijangka menyokong usaha menarik pelaburan yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri serta pertumbuhan ekonomi Terengganu dan wilayah Pantai Timur secara keseluruhannya.

    The post KTIP Jadi Taman Perindustrian Pertama Pantai Timur Dapat Sokongan MIDA first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah