33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pempengaruh Sally Whoo Umum Bakal Timang Sepasang Anak Kembar

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Sally Whoo atau nama sebenar Nur Salihah Aimuni mendedahkan bahawa dia dan suaminya bakal menimang sepasang cahaya mata kembar pada majlis dedah jantina bayi (gender reveal) yang diadakan baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Sally Whoo Umum Hamil Anak Kedua – ‘Niat Nak Rahsia, Tapi Perut Tak Boleh Sorok Lagi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sally Whoo Ada Sebab Tak Bawa Ean Maleeq Ke London – ‘Saya Tak Suka Pergi Bercuti Dengan Kawan Bawa Anak, Rushing’

    Gembira

    Menerusi perkongsian di TikTok, Sally memuat naik video yang memaparkan momen-momen berharga ketika majlis berlangsung.

    Dalam muat naik yang sama, Sally turut menzahirkan rasa syukur kerana momen gembira itu dapat dikongsi bersama dengan orang yang tersayang.

    Majlis itu menjadi satu memori yang akan kami (dan suami) kenang sepanjang hayat, kerana dapat menghimpunkan keluarga dan sahabat tersayang di bawah satu bumbung, berkongsi senyuman, pelukan dan kasih.

    Kehadiran kalian adalah hadiah terbesar yang menjadikan momen ini benar-benar hidup.

    Majlis gender reveal ini bukan hanya tentang kejutan semata-mata, tetapi tentang meraikan kasih sayang, ikatan kekeluargaan, persahabatan, dan insan-insan yang menjadikannya satu kenyataan.

    Netizen gembira

    Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Sally dan suaminya yang dikenali sebagai Toq.

    MENARIK:  Gabungan Warisan, Kemajuan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

    Tidak hanya itu, netizen juga meminta tips daripada Sally mengenai cara yang diamalkan untuk mendapatkan sepasang anak kembar selain daripada faktor keturunan.

    Imbas kembali, Sally mendirikan rumah tangga bersama Toq dan hasil perkahwinan memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Pempengaruh Sally Whoo Umum Bakal Timang Sepasang Anak Kembar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah