30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Riz, Neelofa Syukur ‘Program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya’ Buka Ruang Muhasabah

    Shopee Sale

    Suasana hiba menyelubungi kira-kira 800 peserta yang hadir ke program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya anjuran Nunha, apabila masing-masing tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika diajak bermuhasabah mengenai erti sebenar alam perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Perjalanan Hamil Anak Ketiga, Setahun Berusaha & Hampir Buat IVF

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Ada Pengumuman’ – Neelofa Ulas Isu Kehamilan Anak Ketiga 

    Alam perkahwinan

    Program yang diilhamkan oleh pasangan selebriti terkenal, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dan isterinya, Neelofa itu menyediakan ruang buat para peserta berhenti seketika daripada kesibukan harian bagi menilai semula hala tuju institusi kekeluargaan berlandaskan syariat Islam.

    Menerusi perkongsian refleksi yang menyentuh soal pengorbanan, kesetiaan, kesabaran serta amanah, program itu membawa orang ramai menyelami persoalan besar sama ada bahtera yang dibina sekadar untuk kebahagiaan sementara di dunia atau menjadi jambatan ke syurga.

    Berkongsi mengenai perkara itu, Neelofa menzahirkan rasa syukur apabila program berkenaan berjaya menyatukan hati para peserta untuk sama-sama belajar dan saling mengingatkan tentang tanggungjawab masing-masing.

    Alhamdulillah untuk setiap detik, setiap peringatan dan setiap perkongsian ilmu. Ini adalah satu pertemuan yang indah apabila banyak hati disatukan untuk belajar, merenung dan diingatkan kembali.

    Saya sangat bersyukur atas setiap nikmat Allah, kecil mahupun besar, yang kita sedar mahupun tidak. Semoga setiap perkongsian yang disampaikan menjadi asbab kebaikan, bukan hanya untuk yang mendengar, tetapi terlebih dahulu untuk diri sendiri.

    Sementara itu, PU Riz menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai usaha Nunha dalam menyediakan ruang pengisian yang relevan dengan cabaran kehidupan berumah tangga hari ini.

    MENARIK:  Pereka Fesyen Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Cipta Lagu ‘Si Gadis Lebaran’ – ‘Beliau Bintang Yang Sentiasa Memartabat Budaya Melayu’

    PU Riz turut menitipkan harapan agar segala kupasan dan ilmu yang diperoleh tidak terhenti di dewan semata-mata, sebaliknya dipraktikkan dalam kehidupan sebenar bersama pasangan masing-masing.

    Bagi kami, rumah tangga bukan sekadar mencari bahagia bersama pasangan, tetapi sebuah amanah yang perlu dipelihara dengan ilmu, iman dan kesediaan untuk saling memperbaiki diri demi mencari reda Allah SWT.

    Program yang berlangsung dari pagi hingga malam pada 19 September lalu itu turut diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Antara rakan selebriti lain yang turut hadir memberikan sokongan bersama pasangan masing-masing ialah usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan pengacara popular Nabil Ahmad.

    The post PU Riz, Neelofa Syukur ‘Program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya’ Buka Ruang Muhasabah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah