Penyanyi Nadeera Zaini, mengakui desakan untuk memastikan dirinya kekal relevan di dalam industri seni telah memberi kesan terhadap tekanan emosi.
Artikel Berkaitan: ‘Sedih Juga Ada Yang Komen Bosan Dengar Lagu Sama’ – Nadeera
Artikel Berkaitan: Nadeera Menangis Tiket Showcase ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Tiga Minit, Janjikan Persembahan Memukau
Luahan Nadeera

Ketika ditemui , Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 33, berkata, baginya untuk membina kerjaya sebagai selebriti mempunyai cabaran tersendiri, namun untuk terus dikenali dalam industri juga bukan sesuatu yang mudah.
Mestilah ada tekanan. Saya sebenarnya sedikit stres apabila terlalu memikirkan perkara seperti ini. Hendak mencipta nama sudah satu perkara yang susah, mahu kekal relevan pun susah.
Saya memang agak tertekan memikirkan bagaimana mahu mengekalkan nama sendiri dan pada masa sama mencari karya serta komposer yang sesuai.
Menurut Nadeera, bagi memastikan kualiti sesebuah karya, dia mengakui akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkannya.
Saya akui apabila peminat memang kata saya lambat. Tidak mengapa, memang saya lambat pun.
Tapi saya sedang mencari karya yang betul-betul mahu diberikan kepada mereka. Saya tidak mahu keluarkan sesuatu dengan sia-sia.
Nadeera berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 di Marriot Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam masa yang sama, Nadeera turut mengulas mengenai dakwaan kebergantungannya terhadap penyanyi dan komposer, Hael Husaini.
Ramai di luar sana cakap saya terlalu bergantung kepada Hael Husaini. Tapi hanya saya dan dia tahu bahawa dia banyak mengajar saya.
Sudah tentu saya juga mahu bekerjasama dengan komposer-komposer lain. Saya memang terbuka untuk berbuat demikian.
Saya sudah jumpa beberapa komposer lain. Dia pula bukanlah melepaskan saya begitu sahaja. Kadang-kadang saya masih minta pendapat dia.
Dia pun galakkan saya teruskan apa yang saya buat sekarang.
Seperti insan yang lain, pelantun lagu Cuba Jadi Aku itu tidak menafikan tekanan berkenaan kerjayanya memberikan kesan mendalam.
Orang cakap golongan yang paling tersakiti adalah golongan selebriti sebab merekalah yang selalu kena kecam. Kita selalu cakap kita kuat dan memang kita perlu kuat.
Tapi saya pun manusia, saya rapuh dan ada hati. Kadang-kadang saya menangis. Kadang-kadang saya buat-buat tidak dengar semua itu, tidak mahu dengar atau ambil tahu sebab kita cuma mahu buat kerja yang kita suka.
Saya menyanyi bukan semata-mata untuk diri sendiri. Saya mahu berikan sesuatu kepada orang yang mendengar dan cuba buat orang lain gembira juga.
The post ‘Saya Agak Tertekan Memikirkan Bagaimana Mahu Kekalkan Nama & Mencari Karya’ – Nadeera first appeared on OHBULAN!.





