26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bawa 101 Band & Penyanyi, Atas Angin Festival Tak Sabar Nak Gegarkan ‘Rooftop’ Ogos Ini!

    Shopee Sale



    atas angin

    Acara yang paling dinanti-nantikan oleh penggemar muzik indie, Atas Angin Festival bakal menggegarkan peminatnya sekali lagi pada 3 Ogos ini.

    ‘Line-up’ artis paling ramai

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Atas Angin (@atasangin.ev)

    Bakal berlangsung selama 12 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam di Rooftop MyTown Cheras, festival ini bakal membawakan seramai 101 penyanyi yang terdiri daripada persembahan artis, berkumpulan, penyanyi solo dan juga DJ.

    Bukan itu sahaja, barisan artis tersebut akan mengadakan persembahan dari lima pentas berasingan berbanding tahun lalu iaitu hanya empat pentas.

    Paling menarik perhatian bagi penganjuran kali ini adalah kehadiran kumpulan legenda, Alleycats.

    Bercerita tentang pemilihan Alleycats sebagai salah satu kumpulan yang akan membuat persembahan, pengarah projek Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata proses untuk membawa band itu ke festival ini adalah sangat mudah.

    Saya telefon dan mereka okay sebab persembahan hanya di Kuala Lumpur dan mereka mahu ikut serta.

    Sebenarnya kami tidak ada kriteria yang terperinci tentang pembabitan kumpulan di dalam festival ini. Alleycats antara legenda negara, jadi kami berharap ia dapat menarik peminat yang lebih berusia.

    Dalam pada itu, menurut Bam, penganjuran festival ini bukanlah semata-mata keuntungan tetapi ianya adalah sebagai satu platform untuk peminat dan penggemar muzik berkumpul.

    Semua yang datang bukan sebab duit, tapi sebab minat dan mereka betul-betul faham apa yang kami buat.

    Antara barisan artis lain adalah Kyoto Protokol, Hyper Act, Estranged, IamNeeta, Amir Jahari dan ramai lagi.

    MENARIK:  Joey Daud Kembali Dengan Lagu ‘Wamwamsam’ Selepas 30 Tahun – ‘Kalau Tak Boleh Go Mungkin Ini Terakhir’

    Bagi peminat indie, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan tiket di http://www.atasangin.com. Tiket berharga serendah RM159(Solo), RM300 (Duo) dan RM556 (Group).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah