25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fadzilah Kamsah Titip Pesan Buat Anak Muda – ‘Jangan Terlalu Jaga Hati Orang, Sampai Sendiri Terabai’

    Shopee Sale

    Tokoh motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan pesanan kepada golongan muda agar tidak terlalu sibuk menjaga hati orang lain sehingga mengabaikan perasaan dan kesejahteraan diri sendiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ikut Sunnah, Tidur Mengiring Ke Kanan Dapat Pahala & Tak Nyanyuk’ – Fadzilah Kamsah

    Pesanan untuk anak muda

    Menerusi perkongsian di Threads, Fadzilah mengingatkan bahawa terlalu memikirkan perasaan orang lain boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam keadaan yang akhirnya memenatkan emosi.

    Anak, toksiknya suasana bila setiap hari kamu terpaksa menjaga hati semua orang, tetapi hati kamu terabai begitu saja.

    Nak bersuara, takut orang terasa. Nak diam, diri sendiri pula makan hati. Akhirnya kamu penat bukan kerana banyak kerja, tetapi kerana terlalu lama hidup dalam suasana yang membuatkan kamu lemas untuk menjadi diri sendiri.

    Tambah Fadzilah, seseorang perlu berani meletakkan batas sekiranya berada dalam persekitaran yang memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.

    Jika sesuatu tempat buat kamu hilang diri sendiri, belajarlah meletakkan had. Nak buat baik itu boleh, tetapi jangan sampai kamu terus tersakiti.

    Ingat ya anakku, menjaga hati orang lain itu mulia, tetapi menjaga hati sendiri juga satu tanggungjawab.

    Pesanan berkenaan turut mengingatkan golongan muda bahawa berbuat baik tidak bermaksud perlu mengorbankan diri tanpa batas.

    MENARIK:  Adakah Teman Wanita Sufian Suhaimi Berkongsi Tentang 'Lelaki Berhaya', dan Berhenti Mengikuti Sifat 'Unfollow' Di Instagram?

    Sebaliknya, setiap individu perlu mengenali kemampuan diri serta berani berkata tidak apabila sesuatu keadaan mula memberi kesan buruk terhadap emosi dan kesejahteraan diri.

    Sumber: Threads

    The post Fadzilah Kamsah Titip Pesan Buat Anak Muda – ‘Jangan Terlalu Jaga Hati Orang, Sampai Sendiri Terabai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah