‘ Paling Viral Online’ akan dilancarkan pada 19 Disember ini menerusi TikTok Live, membawakan tujuh kategori menarik.
Artikel Berkaitan: Galau, Cinta & Nostalgia, Ini 10 Lagu ‘Hot’ Pecah Carta Yang Tercalon Di ‘ Paling Viral Online’
Artikel Berkaitan: Hun Haqeem, Aina Abdul, Fattah Amin & Andy Teh Antara Yang Tercalon Bagi Kategori ‘Selebriti Paling Viral’
Usahawan Paling Viral
Anugerah ini diperkenalkan sebagai penghargaan kepada individu dan karya yang telah mencipta impak luar biasa dalam landskap hiburan digital, merangkumi selebriti, pempengaruh, pencipta kandungan, usahawan, serta karya seperti lagu, drama dan kelab peminat.
Pada kali ini, sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu anugerah utama Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.
Untuk siaran kali ini, ingin kongsikan kepada anda calon-calon bagi kategori ‘Usahawan Paling Viral’.
- Datuk Seri Aliff Syukri
- Aeril Zafrel & Wawa Zainal
- Christy Ng
- Kak KM
- Ojen Aiwah
- Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina
- Norman Hakim & Memey Suhaiza
- Mua Bellaz
- Meri Bulan Bintang
- Kieda Crepe
Hantarkan undian anda sekarang!

Apa tunggu lagi? Kini anda sudah boleh mengundi hingga 25 November depan dengan maksimum 50 undian setiap hari untuk setiap orang.
Senarai Top 5 akan didedahkan pada 1 Disember sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: www..com/palingviralonline
The post Barisan Usahawan Meletop Bertembung! Aliff Syukri, Aeril & Wawa, Christy Ng & Ramai lagi Rebut Gelaran ‘Usahawan Paling Viral’! first appeared on OHBULAN!.



# #kinitrending #usahawanpalingviral #palingviralonline 

