Penyanyi terkenal, Datuk Seri Rossa sekali lagi berjaya menggamatkan suasana Axiata Arena, Bukit Jalil menerusi Konsert Rossa Here I Am pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Rossa Undang Hael Lengkapi Konsert ‘Here I Am’
Artikel Berkaitan: Rossa Dah Lebih 10 Tahun Tak Beli Baju Raya – ‘Setiap Kali Lebaran Rakan-Rakan Designer Akan Hadiahkan’
Here I AM

Sudah tidak asing dengan Malaysia, pemilik nama Sri Rossa Roslaina Handiyani membawa kejutan demi kejutan buat para peminat yang tidak putus menyokong, membuatkan tiga jam konsert itu sangat berbaloi.
Pada kali ini, , sekali lagi berkesempatan untuk menyaksikan Ratu Pop Indonesia beraksi di konsert yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran daripada SAH Entertainment.
Lebih daripada 30 lagu disampaikan dengan penuh bertenaga sehinggakan peminat berasa tidak puas berseronok selama tiga jam.
Konsert Rossa Here I Am menampilkan beberapa artis seperti Ariel Noah, Ernie Zakri, MK K-Clique dan The Ladies yang merupakan alumni Indonesian Idol iaitu Rimar, Jemimah, Awdella dan Syarla.
Tidak hanya itu, empat finalis Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen juga diberi peluang memeriahkan lagu konsert tersebut dengan menyanyikan beberapa lagu Rossa.
ecara jujurnya, Min sebelum ini tidak berpeluang untuk melihat Rossa beraksi di atas pentas dan selepas hadiri konsert semalam boleh dikatakan Min secara tidak langsung telah kembali menjadi peminat selebriti itu.
Segmen istimewa, Datuk Seri Siti Nurhaliza

Lebih bermakna, Rossa juga melakukan segmen istimewa untuk Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan mendendangkan empat lagu iaitu Gelora Asmara sebelum diikuti tiga lagu lain, iaitu Percayalah, Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa.
Siti Nurhaliza yang duduk di kerusi VIP membuat kejutan menyanyikan lagu Percayalah.
Situasi tersebut membuatkan Rossa terharu sekaligus berjanji akan menghadiri konsert solonya, Violet Skies Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars di Genting Highlands, Pahang, bulan depan.
Penampilan Ernie Zakri

Gabungan duo ini ternyata memberi nafas baharu apabila Ernie Zakri yang terkenal dengan kekuatan vokalnya membawa lagu Hijrah Cinta sebelum berduet dengan Rossa untuk lagu mashup Masing-Masing dan Aku Bukan Untukmu.
Rossa ‘request’ lagu Meriah Lain Macam

Lari dari kebiasaan, Rossa menyuarakan permintaan kepada Hael Husaini untuk berduet mendendangkan lagu Meriah Lain Macam
Kata Rossa, dia teringin untuk membawa lagu itu susulan ia tular di media sosial semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Kemunculan Ariel

Suasana kembali bertukar hangat apabila Rossa mendendangkan rangkaian lagu hit pernah dirakamkan seperti Nada Nada Cinta bersama Ariel.
Tidak dinafikan, lagu yang disampaikan oleh kedua penyanyi itu membuatkan para peminat berada di awangan cinta susulan keserasian mereka terpancar ketika berada di atas pentas.
The post Rossa Lakar Kenangan Manis Buat Peminat Setia first appeared on OHBULAN!.





