27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas mufti Syria dihukum penjara seumur hidup

    Shopee Sale

    GLOBAL | Mahkamah Jenayah Keempat Damsyik menghukum bekas mufti Syria, Ahmed Hassoun, dengan penjara seumur hidup atas sabitan "menghasut peranang saudara dan konflik mazhab", lapor Anadolu Ajansi.

    Ketua mahkamah itu, hakim Fakhr al-Din al-Aryan, berkata siasatan membuktikan penglibatan Hassoun dalam "jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah peranang".

    Mahkamah turut mengarahkan semua aset milik mufti negara bagi rejim terdahulu itu dirampas untuk diserahkan kepada perbendaharaan awam.

    MENARIK:  Saham Felda dalam FGV lebih 90 peratus, rancang untuk nyah senarai

    Pada Mac 2025, pihak berkuasa Syria menahan Hassoun ketika beliau cuba meninggalkan negara itu berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

    Selepas rejim Bashar al-Assad digulingkan pada Dis 2024, pentadbiran peralihan yang diketuai Presiden Ahmad al-Sharaa mengambil alih pemerintahan Syria pada Januari 2025.

    Pihak berkuasa baru itu menubuhkan mekanisme akauntabiliti dan keadilan peralihan bagi menyiasat jenayah yang dilakukan di bawah kerajaan terdahulu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah