31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap penceramah selebriti Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Da’i Syed Mengaku Kurang Terima Tawaran Berlakon Selepas Kes Mahkamah – ‘Saya Digam?’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Mahu Anak Membesar Nanti Dalam Keadaan Trauma’ – Da’i Syed

    Penjara 10 tahun, tiga sebatan

    Memetik laporan Mstar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan.

    Hakim Datuk Adlin Abdul Majid memutuskan perkara tersebut selepas meneliti rekod perbicaraan serta hujah daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. 

    Setelah meneliti keseluruhan hujahan serta rekod perbicaraan, mahkamah mendapati tiada kekhilafan dalam keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

    Hukuman adalah munasabah dan setimpal dengan kesalahan dilakukan. Oleh itu, hukuman dikekalkan dan berkuat kuasa bermula hari ini.

    Difahamkan juga, Da’i Syed dilihat mengalirkan air mata di dalam kandang tertuduh sejurus keputusan dibacakan.

    Sementara itu, peguam bela, Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed cuba memohon penangguhan pelaksanaan hukuman memandangkan isteri tertuduh baru sahaja melahirkan cahaya mata tiga bulan lalu. 

    MENARIK:  ‘Kebanyakan Perempuan Gagal Dua Ini, Aurat & Taat Pada Suami’- Isa Khan

    Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman.

    Mahkamah menolak permohonan tersebut dengan mengambil kira keseriusan trauma yang dihadapi mangsa akibat perbuatan tertuduh.

    Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita yang ketika itu berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada awal pagi 11 September 2019.

    Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

    Pada 20 September 2024, tertuduh dibenarkan keluar sementara dengan jaminan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

    Walaupun pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa hubungan seksual tersebut berlaku atas dasar suka sama suka, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa mangsa tidak pernah memberikan sebarang persetujuan. 

    Sumber: Mstar

    The post Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah