Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, penyanyi rap, penulis lirik dan penggiat seni tempatan, Balan Kash, tampil dengan buah tangan terbaharu iaitu video muzik (MV) rasmi bagi lagu “Cekap” terbitan Balan Kash Entertainment.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zubir Khan Terkejut Dinobat Ikon Perpaduan, Akui Lagu Yennode Macha Membantu – ‘Tak Pernah Jangka Untuk Dapat’
Artikel Berkaitan: Teh Tarik, Nasi Lemak Atau Roti Canai, Yang Mana Satu Makanan Paling Best Di Malaysia? Jom Undi Sekarang!
Karya baharu
View this post on Instagram
Lebih istimewa, karya ini bukan sahaja memperlihatkan sisi baharu Balan Kash sebagai seorang artis serba boleh, malah menyatukan kisah kebanggaan dan identiti Malaysia dalam sebuah MV yang sarat dengan maksud tersirat.
Lagu Cekap yang menjadi judul album penuh pertama Balan Kash dalam bahasa Melayu, merupakan lagu yang menampilkan gabungan unik antara hip-hop moden, muzik klasik India dan nuansa tradisional Malaysia.
Bagi Balan Kash, karya ini lebih daripada sekadar hiburan. Ia merupakan peringatan bahawa negara kita sudah lebih 60 tahun mengecapi kemerdekaan, dan di sebalik perbezaan warna kulit, bahasa dan budaya, rakyat Malaysia tetap berkongsi satu semangat yang sama.
Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya kita semua mempunyai cerita berbeza tetapi berkongsi satu semangat yang sama. Cekap adalah cara saya meraikan kebebasan, kepelbagaian dan juga kekuatan yang kita ada bila bersatu.
Muzik video
Video muzik Cekap arahan Kinggolddigga membawa penonton menyelami kisah visual penuh simbolik tentang makna identiti dan perpaduan rakyat Malaysia.
MV ini adalah dedikasi saya kepada tanah air tercinta supaya kita sentiasa ingat bahawa walau apa pun cabaran, kita tetap satu.
Saya mahu bermula dengan sesuatu yang melambangkan Malaysia. Apa pun bangsa atau agama kita, darah kita tetap sama, merah. Itu asas perpaduan yang saya mahu orang rasa bila tengok MV ini.
Bagi saya, Cekap bukan hanya sebuah lagu, tetapi cerminan semangat Malaysia yang saya bawa sejak kecil. Saya dibesarkan di Klang, di tengah masyarakat majmuk yang penuh warna-warni. Dari situ saya belajar bahawa kekuatan kita datang apabila kita semua bersatu, dan bukan bila kita berpecah. Dan itulah roh sebenar yang saya mahu zahirkan dalam MV ini.
The post Balan Kash Satukan Elemen Hip-Hop, Tradisi & Perpaduan Dalam MV ‘Cekap’ first appeared on OHBULAN!.





