32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Genap Tiga Tahun Dalam Perjalanan Hijrah, Oktovia Manrose Sentiasa Berdoa Agar Kekal Istiqamah

    Shopee Sale



    Pelakon Oktovia Manrose meluahkan rasa terharu kerana dapat berjumpa, berborak dan mendengar ceramah Ustaz Wadi Annuar secara ‘live’ di majlis aqiqah serta kesyukuran anak kepada pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose iaitu Hawra Uqaira.

    Gembira sangat

    Menurut Oktovia, sudah lama dia tidak dapat peluang sebegini dan akhirnya Allah kabulkan doannya. Ujar Oktovia, dia dan suami sempat mendengar ceramah mengenai hubungan suami isteri dan bagaimana nak kuatkan hubungan dalam rumah tangga.

    Terharu dan gembira sangat sebab dah lama nak dapatkan peluang ni. Allah kabulkan. Vibe ustaz tak pernah berubah, ceramah ustaz mesti akan memberi kesan yang mendalam. Perasaan yang sama pada tahun 2020 apabila pertama kali dengar ceramah ustaz.

    Dari situ lah asbabnya kenapa diri ini boleh tekad nak berubah dan berhijrah. MasyaAllah. Alhamdulillah . Perjalanan yang indah. Tahun ni sudah genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah.

    Tambah Oktovia, setiap hari dia akan berdoa agar terus istiqamah dan berusaha ke arah yang lebih baik.

    Tapi insyaAllah dengan niat ikhlas untuk berubah itu Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah . Allah bimbing. Alhamdulillah. Hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqomah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah.

    InsyaAllah mungkin dengan usaha itu, Allah nampak kita benar-benar ingin menjadi yang lebih baik hari demi hari. Alhamdulillah Allah yang berikan kekuatan dalam diri ini. Allahuakbar. Allah maha baik. Bila fikir balik, dah lama hidup dalam denial, sedangkan indahnya hidup berlandaskan agama yang ada janji Allah itu benar!

    Tapi kita mengelak dari kebenaran yang indah itu.  Ya Allah terima kasih atas kekuatan ini. Doaku berharap semua keluarga seislamku diberikan kemudahan dan kefahaman dalam menerima hidayah Allah. Dan Semoga Allah kekalkan diri kita istiqamah dan kita semua mendapat pengakhiran husnul khotimah.

    MENARIK:  Kembali Dengan Skala Lebih Besar, JAFF Market 2025 Angkat Karya Penggiat Filem Asia Ke Pentas Antarabangsa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah