32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRU16 dijangka jadi medan ‘free-for-all’, kata Rafizi Ramli

    Shopee Sale

    Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) semakin jelas akan menjadi medan persaingan terbuka ("free-for-all") bagi semua parti politik, kata bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli.

    Menurutnya, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), serta parti-parti negeri dan parti baru dijangka akan membawa haluan masing-masing dalam pilihan raya tersebut.

    Rafizi berkata, dia sejak awal lagi tidak mempercayai bahawa Umno akan menyertai PRU16 sekadar sebagai "pemain kedua" kepada PH.

    "Umno tidak wujud untuk jadi aksesori politik kepada orang lain. Umno wujud untuk menguasai kerajaan," kata Rafizi dalam satu hantaran di media sosial.

    Mengulas lanjut mengenai kedudukan politik semasa, Rafizi menjelaskan bahawa penyertaan Umno dalam kerajaan bersama PH selepas PRU15 adalah demi kelangsungan (survival) politik parti itu selepas mengalami kekalahan besar.

    MENARIK:  Sindiket dadah antarabangsa tumpas, rampasan lebih RM82 juta

    Langkah tersebut, menurutnya, merupakan susunan sementara untuk membentuk kerajaan serta menstabilkan negara, dan bukannya sebuah "perkahwinan politik sampai mati".

    Bekas menteri ekonomi itu turut menyifatkan strategi "rangkul semua" mempunyai masalah asas kerana mengandaikan semua parti politik akan mengikut skrip yang ditetapkan di Putrajaya.

    "Sedangkan setiap parti ada kepentingan, cita-cita dan survival masing-masing. Kalau Umno mahu ikut arahan PH, baik masuk PKR saja," katanya lagi.

    Sebagai rekod, landskap politik negara ketika ini menyaksikan parti-parti politik mula menilai semula strategi masing-masing bagi menghadapi PRU16, walaupun ketika ini masih bekerjasama di dalam struktur Kerajaan Perpaduan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah