30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Babah’ Dominasi FFM34, Rangkul Filem Terbaik

    Shopee Sale

    Filem Babah dinobatkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, kota Media di Angkasapuri Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: FFM34: Di Sebalik Skrip & Kamera, Siapa Bakal Dinobatkan Sebagai Pelakon Terbaik?

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danialle Tak Sempat Tempah Baju Ke FFM33, Terpaksa ‘Gali’ 5,000 Dres – ‘Saya Belek Satu Persatu’

    Dominasi FFM34

    Kemenangan itu sekali gus membolehkan filem arahan Mohd Shah Faizul menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta serta membawa pulang trofi FFM34.

    Filem Babah sekali gus menundukkan enam lagi saingan sengit iaitu Blood Brothers, Soloz: Games Of Life, Takluk: Lahad Datu, Riversi.

    Filem tersebut membawa pulang lima lagi trofi pada FFM34 iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Pengarah Harapan (Mohd Shah Faizul), Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik

    Mohd Shah Faizul dalam ucapannya meluahkan rasa gembira atas kemenangan tersebut.

    Saya percaya kemenangan ini kerana keikhlasan semua orang yang bertungkus lumus untuk Babah. Ini Rahsia Tuhan.

    Dalam pada itu, dokumentari ‘Rindu Tak Berpenghujung’ terbitan Media Prima Berhad memenangi kategori Dokumentari Terbaik.

    Anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik dimenangi olehl Sweet Qismina menerusi filem Babah, manakala Elly Suriaty memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Telaga Suriram.

    Pelakon Filem Lelaki Terbaik pula dimenangi Qi Razali menerusi filem Babah.

    Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Harapan pula masing-masing dimenangi oleh Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council) dan Michelle Lungan (Tengkang).

    Sebanyak 27 kategori disampaikan dan pemenang bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.

    MENARIK:  Shakilla Khoriri Pelik Dituduh Abai Makan Minum Ameena – ‘Manusia Hebat Tutup Kesalahan Dengan Menunding Jari Kepada Orang Lain’

    FFM34 dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim secara langsung di TV2 dan saluran YouTube FINAS.

    Berikut senarai pemenang FFM34:

    Filem Terbaik: Babah

    Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof

    Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)

    Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)

    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elly Suriaty (Telaga Suriram)

    Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf ( Kahar: Kapla High Council)

    Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tengkang)

    Pengarah Harapan: Mohd Shah Faizul

    Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)

    Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brother: Bara Naga)

    Sinematografi Terbaik: Blood Brothers: Bara Naga

    Lakon Layar Terbaik: Babah

    Cerita Asal Terbaik: Babah

    Penataan Seni Terbaik: Kulit Wayang

    Penataan Bunyi Terbaik: Soloz: Game Of Life

    Penyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life

    Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)

    Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life

    Kesan Khas Visual Terbaik: Soloz Game Of Life, Jehcob dan Sam

    Poster Terbaik: Tengkang

    Rekaan Kostum Busana Terbaik: Mencari Ramlee

    Tatarias/Solekan Terbaik: Takluk: Lahad Datu

    Dolumentari Terbaik: Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)

    Filem Pendek Terbaik: Saranghae

    Anugerah Filem Khas Box Office dengan kutipan sebanyak 73.64 juta

    Anugerah Khas Juri 1: Filem Ejen Ali The Movie 2

    Anugerah Khas Juri 2: Taklum: Lahad Datu

    Anugerah Khas Karyawan: Hassan Mutalib

    Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

    The post ‘Babah’ Dominasi FFM34, Rangkul Filem Terbaik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah