32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aiman Hakim Ridza Memukau Sebagai ‘Cover’ Majalah Lelaki Terkemuka – ‘Suami Pelakon Cantik’

    Shopee Sale



    Meskipun nama isterinya menjadi bualan hangat, pelakon Aiman Hakim Ridza dilihat tenang dan sama sekali tidak mengambil pusing mengenai isu tersebut.

    Terbaru, Aiman tampil menjadi muka depan bagi sebuah majalah lelaki terkemuka.

    ‘Suami pelakon jelita’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

    Menerusi hantaran tular di Instagram (IG), Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh kelihatan begitu tampan memperagakan beberapa busana khas jenama antarabangsa.

    Gaya serta ‘posing’ yang dilakukan pelakon yang bakal menimang cahaya mata kedua itu ternyata meraih perhatian ramai ditambah pula dengan perkataan ‘Suami pelakon jelita’ yang ditulis di ruangan kapsyen.

    Perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan komen wargamaya yang memberikan pujian serta kata semangat buat Aiman dan isterinya, Zahirah Macwilson.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Aiman dan isterinya yang dilihat mengambil pendekatan berdiam diri terhadap kata-kata kutukan yang diterima mereka.

    Lebih menarik, Zahirah juga dilihat meninggalkan emoji muka bermata cinta di ruangan komen selepas melihat suami tercintanya itu menjadi muka hadapan bagi majalah tersebut.

    MENARIK:  ‘Penjualan Seluar Dalam Asham Dalam Ziplock yang Baru dengan Aroma Menarik, Mampu Mencapai Keuntungan RM5k’

    Terdahulu, Aiman dan Zahirah menjadi bualan hangat wargamaya selepas nama mereka berdua dipetik oleh pelakon, Fathia Latiff menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya.

    Menerusi potongan video yang tular, Fathia mendakwa dirinya lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan Zahirah. Malah, dia turut menyamakan wajah Zahirah seperti seorang pembantu rumah (bibik).

    Bukan itu sahaja, pelakon yang popular dengan drama ‘Ariana Rose’ itu juga memaklumkan bahawa dia bersyukur tidak dijodohkan dengan Aiman yang dianggap tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah