27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shaheizy Sam Belanja 100 Keping Piza Percuma Sempena Kemenangan Di FFM35 – ‘Jemput Datang Ke Kafe Saya, Dibuka Jam 11 Pagi’

    Shopee Sale

    Pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa syukur dan terharu atas kemenangannya dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

    Artikel Berkaitan: FFM35: Khadam Dinobat Filem Terbaik, Bolot 10 Kategori! Bawa Pulang Dana RM1 Juta

    Artikel Berkaitan: FFM35: Lima Filem Rebut Gelaran Filem Terbaik, Khadam & Malam Terlarang Mendahului Pencalonan

    Shaheizy Sam belanja piza

    Ketika ditemui , pemilik nama Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, menganggap kejayaan itu adalah hasil doa keluarga serta kerja keras seluruh pasukan produksi filem Badak.

    Alhamdulillah, ini rezeki dan terima kasih kepada ibu saya, Khaty Fauziah yang tidak pernah berhenti mendoakan, isteri, keluarga serta seluruh pasukan filem Badak.

    Mengulas mengenai kemenangannya, Sam menganggap setiap pelakon mempunyai kelebihan tersendiri dan tiada ukuran khusus untuk menentukan siapa yang lebih baik dalam bidang lakonan.

    Ini adalah pengiktirafan yang keempat daripada FFM buat diri saya.

    Selama ini saya percaya dalam lakonan tiada salah dan betul. Setiap pelakon, termasuk calon lain dalam kategori ini, juga sangat hebat.

    Tetapi saya berterima kasih kepada para juri kerana merasakan kerja saya layak untuk menerima anugerah ini.

    Susulan kemenangannya itu, Sam mengambil keputusan untuk berkongsi kegembiraan tersebut dengan pelanggan kafenya menerusi pemberian 100 keping piza secara percuma.

    Saya hadiahkan semula kemenangan ini kepada semua yang datang ke kafe Abdul’s, 100 piza pertama percuma.

    Kafe kami dibuka pukul 11 pagi. Jadi, saya akan minta pekerja letakkan sahaja 100 keping piza di situ untuk diberikan kepada pelanggan yang datang dahulu.

    Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan empat lagi finalis iaitu Idan Aeden (Abah Saya Uncle Mike), Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).

    MENARIK:  Mimi Lana Join Trend Throwback Gambar 2016 – ‘Bertemu Lelaki Yang Tak Pernah Saya Bayang Akan Jadi Suami’

    The post Shaheizy Sam Belanja 100 Keping Piza Percuma Sempena Kemenangan Di FFM35 – ‘Jemput Datang Ke Kafe Saya, Dibuka Jam 11 Pagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah