Tidak dapat dinafikan, kewangan yang belum mencukupi merupakan antara faktor terdapat segelintir umat Islam tidak berpeluang untuk mengerjakan umrah.
Artikel Berkaitan: Ayu Damit & Emeer Bakri Barpadu Suara Menerusi Lagu ‘Cukup Kita’, Bawa Mesej Penuh Emosi
Artikel Berkaitan: ‘JPAM Datang Ular Tu Tak Ada Di Tempat Yang Kami Nampak…Pergi Mana?’ – Ayu Damit
Umrah DIY menjimatkan

Penyanyi Ayu Damit memilih untuk menunaikan umrah secara ‘Do It Yourself’ (DIY) bersama sahabatnya, usahawan pelancongan Datin Aisyah Ghazali, yang juga merupakan Pengurus Perhubungan Awam di Izz Ikhwan Travel Empire.
Umrah DIY bermaksud menunaikan ibadah umrah dengan merancang serta menguruskan sendiri segala keperluan perjalanan tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. Ini merangkumi urusan tempahan tiket penerbangan, penginapan, visa, serta pengangkutan di Arab Saudi.
Pengalaman pertama Ayu dan Aisyah menunaikan umrah secara DIY bermula tahun lalu. Mereka membuat keputusan untuk pergi berkumpulan, memandangkan kosnya lebih menjimatkan berbanding pakej yang ditawarkan oleh ejen.
Menurut Ayu Damit atau nama penuhnya Norayu Damit, 36, kos umrah DIY hanya berharga RM3,500 seorang.
Saya mula tahu tentang umrah DIY apabila Datin Aisyah menawarkan untuk pergi bersama kumpulan bawah Izz Ikhwan.
Menunaikan umrah secara DIY, satu pengalaman berbeza berbanding mengikuti pakej agensi pelancongan yang mencecah paling minimum RM6000 untuk seorang.
Bagi saya, umrah DIY ini satu peluang yang bagus buat mereka yang tidak cukup wang tapi mahu menunaikan umrah. Biasanya kita selalu dengar alasan orang lain kewangan tak mencukupi untuk ke sana.
Dengan adanya umrah DIY, tiada alasan lagi untuk menjadi tetamu Allah kerana kosnya lebih rendah.
Banyak kelebihan dapat dinikmati

Menurut pelantun lagu Hanya Di Mercu itu, dia bakal menunaikan umrah DIY pada November ini dan percaya banyak kelebihan yang dapat dinikmati.
Antara perkara yang saya suka tentang umrah DIY ini adalah boleh merancang jadual sendiri. Masa lebih fleksibel membolehkan saya untuk lakukan banyak ibadah sebab tak terikat dengan jadual.
Kos lebih jimat dari menggunakan agensi. Mudah untuk saya memilih hotel dan restoran mengikut bajet yang saya ada.
Sementara itu, Aisyah berkata, umrah secara DIY memerlukan persediaan tertentu agar ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Walaupun tidak menggunakan agensi, anda yang mahu buat umrah DIY boleh membuat persiapan sendiri.
Antaranya adalah memastikan dokumen seperti pasport sah digunakan sekurang-kurangnya enam bulan, lengkapkan vaksinasi meningitis dan COVID-19, serta dapatkan Sijil Vaksin Antarabangsa.
Perlu juga dapatkan visa umrah atau visa pelancong secara digital melalui platform rasmi dan pilih syarikat penerbangan serta tempah tiket ke lapangan terbang Jeddah atau Madinah mengikut bajet anda.
Persediaan lain yang perlu dibuat adalah seperti menyediakan pakaian yang sesuai dengan cuaca panas, bawa barangan peribadi penting seperti sandal, pelindung matahari, dan ubat-ubatan.
Aisyah turut menjelaskan bahawa Izz Ikhwan Travel juga berperanan membantu menyampaikan maklumat serta panduan kepada semua kumpulan yang menunaikan umrah secara DIY.
Berkongsi mengenai penganjuran Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire, Aisyah berkata, majlis itu meraikan seramai 50 orang ejen sebagai tanda penghargaan sempena ulang tahun ke-11 penubuhan syarikat dalam bidang pelancongan.
Dalam masa yang sama, menerusi majlis tersebut, para ejen juga bersolidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis Israel.
The post Ayu Damit Pilih Tunai Umrah DIY, Kos Hanya RM3,500 Seorang – ‘Lebih Fleksibal & Boleh Rancang Jadual Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





