26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ayda Jebat Kongsi Wajah Anak Ketiga Selepas Dua Bulan, Netizen Puji – ‘Comelnya Anggun Mikayla’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat, akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata ketiganya kepada umum. 

    Artikel Berkaitan: ‘Nabil Take Over Jaga Baby, Ada Suami Bantu & Menyenangkan Isteri Satu Rezeki’ – Ayda Jebat

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Berserah Kepada Allah, Kalau Ada Rezeki Tambah Anak Kami Tak Tolak’ – Ayda Jebat

    Anggun Mikayla nama diberi

    Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya, pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 34, memperkenalkan puteri keduanya yang diberi nama, Anggun Mikayla.

    Gambar dekat sebelah tak ada Mimi so Mimi sorang kat post ni.

    Gambar ni masa Mimi baru je keluar daripada perut Mama. 2.99 kg. Paling berat daripada adik beradik yang lain! Mesti mama makan banyak sangat jambu kan?

    Pendedahan tersebut dilakukan menerusi sebuah foto yang memaparkan kecomelan wajah Anggun Mikayla sejurus selepas dilahirkan. 

    MENARIK:  #AJL39: Kelly Azman Rai 10 Karya Hebat, ‘Cover’ Semua Lagu Finalis Dalam ‘Showcase’ Istimewa – ‘Saya Menyanyi Live’

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis terpukau dengan kecomelan wajah Anggun.

    Selain itu, mereka turut mendoakan agar Anggun membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua orang tua.

    Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nanil Mahir pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.

    Sumber: Instagram Ayda Jebat

    The post Ayda Jebat Kongsi Wajah Anak Ketiga Selepas Dua Bulan, Netizen Puji – ‘Comelnya Anggun Mikayla’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah