Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mempunyai sebab tersendiri apabila dia dan suami mengambil keputusan untuk tidak membawa bayi mereka yang baru dilahirkan Januari lalu untuk beraya di kampung atau ke tempat-tempat sesak dengan orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda, Warganet Puji Sikap Profesional Bekerja
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Jadi Inspirasi Ibu Bersalin Caesar – ‘Rezeki Allah Mudahkan Urusan’
Tak bawa balik kampung

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Suhada Jebat, 33, dan suami Nabil Mahir memilih untuk tidak pulang ke kampung pada Aidilfitri tahun ini kerana mahu melindungi bayi mereka daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Kami tak beraya sangat sebab ada bayi, sekarang pula dengan keadaan virus dan sebagainya jadi kami ambil langkah berjaga-jaga.
Kami beraya dengan keluarga saya dan keluarga Nabil, itu sahaja dan ada beberapa orang kawan rapat datang ke rumah. Jadi kami tak bawa anak keluar.
Menurut Ayda, sejak kelahiran cahaya mata sulung, dia dan suami mengambil pendekatan untuk membawa anak pulang ke kampung hanya selepas usia mereka mencecah setahun.
Kami beraya di tempat yang kami kenal dan tahu sahaja. Anak saya kalau masih kecil, kami memang tidak akan pergi ke tempat-tempat seperti di kompleks beli-belah dan sebagainya.
Kalau ikutkan anak saya selepas usia satu tahun baru saya balik ke kampung. Datuk dan nenek mereka kalau nak jumpa akan datang ke Kuala Lumpur.
Jadi kami pun beraya di Kuala Lumpur, bila usia mereka sudah setahun baru kami bawa balik ke kampung.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Temberang itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut turut dibuat bagi memudahkan urusan mereka yang perlu membawa pelbagai keperluan bayi ketika perjalanan jauh.
Sebenarnya bukan dari segi kesihatan sahaja tetapi, terlalu banyak barang-barang bayi kalau kami nak bawa..memang penuh kereta.
Lagi-lagi Nabil, dengan nak bawa periuk nasi dan dia memang suka bawa semua benda sendiri. Sterilizer baby pun dia bawa.
Keluarga memahami

Dalam masa sama, Ayda meluahkan rasa syukur kerana keluarga mereka memahami situasi tersebut, malah, keluarganya dari Melaka juga akan datang berkunjung ke Kuala Lumpur bagi meraikan Aidilfitri bersama.
Ya (keluarga memahami). Saya orang Melaka, Nabil dari Kuala Lumpur. Jadi keluarga saya di Melaka akan datang ke Kuala Lumpur dan beraya dengan kami.
Untuk info, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.
The post Ayda Jebat Bawa Anak Keluar Beraya Hanya Selepas Cecah Usia Setahun – ‘Sebenarnya Bukan Dari Segi Kesihatan Saja..’ first appeared on OHBULAN!.





