Pelakon Hisyam Hamid meluahkan rasa terharu apabila bapanya, Hamid Gani hadir memberi sokongan semasa sesi tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Memori, yang berlangsung pada Selasa lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Fazura Puji Mungkin Sebab Tengok Cara Saya Layan Anak, Saya Tak Rasa Dia Ada Niat Lain’ – Hisyam Hamid
Artikel Berkaitan: Hisyam Hamid Nafi Bercinta Dengan Penerbit, Tak Terdesak Cari Pengganti – ‘Anak-Anak Tak Nak Mama Baru’
‘Filem ini sangat dekat dengan saya’

Ketika ditemui , Hisyam atau nama penuhnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, mengakui bahawa filem Memori memberikan kesan yang mendalam kepadanya memandangkan jalan ceritanya mempunyai persamaan dengan kisah kehidupannya sendiri.
Filem ini sangat dekat dengan saya sebab banyak persamaan dengan kehidupan saya. Mungkin banyak persamaan dan kebetulan.
Saya dibesarkan dalam keluarga berantakan (broken family) disebakan mak dan ayah berpisah. Jadi saya membesar dengan emak.
Ketika saya berusia tiga atau empat tahun, ayah dah berpindah ke Malaysia. Jadi saya duduk dengan mak, datuk dan nenek di Singapura.
Tambah pelakon filem La Luna ini lagi, walaupun membesar tanpa kehadiran seorang bapa di sisi, namun hubungan dengan bapanya tidak pernah terputus.
Lebih menyentuh hati, Hisyam turut berkongsi momen penuh emosi ketika bertemu dengan ayahnya pada malam tayangan tersebut.
Mak tiri dan adik saya cakap, sebelum filem ditayangkan, ayah dah menangis sebab tengok gambar saya pada poster, dia sedih.
Ayah saya datang, sampai-sampai dia terus peluk dan cium saya.
Lepas saya selesai temu ramah pun, saya tengok dia masih lap air mata. Selepas selesai tayangan, saya pergi dekat dia, salam dan peluk dia.
Filem ini mengisahkan hubungan antara seorang bapa dan anak lelakinya yang dilanda konflik emosi akibat kisah silam yang sukar dilupakan.
Namun si bapa yang disahkan menghidap penyakit Alzheimer membuatkan si anak berusaha mencari kekuatan untuk memaafkan dan memperbaiki kembali ikatan yang telah renggang
Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam mulai 31 Julai ini.
The post ‘Ayah Terus Peluk & Cium Saya’ – Momen Emosi Hisyam Hamid Di Tayangan Filem ‘Memori’ first appeared on OHBULAN!.





