Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa syukur apabila akhirnya mendapat restu keluarga mentua untuk tinggal bersama suami di kediaman sendiri.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Faham Mengapa Ibu Bapa Letak Hantaran Tinggi – ‘Bukan Senang Nak Lepaskan Anak Dekat Orang Lain’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Dedah Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati – ‘Adakah Ini Normal?’
Pindah rumah

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime memaklumkan hasrat untuk menetap di kediaman sendiri merupakan antara impian yang diidamkan sejak bergelar isteri.
Bagaimanapun, Atikah akui perasaannya bercampur baur apabila perlu berpindah keluar dan berdikari bersama suami biarpun itulah perkara yang dinanti-nantikan sejak sekian lama.
Akhirnya papa mentua saya bagi pindah rumah sendiri dengan suami.
Sepatutnya gembira sebab ini yang ditunggu-tunggu sejak kahwin, nak rumah minimalist.
Tapi kenapa hati ini macam berat pula?
Dalam pada itu, Atikah menyifatkan pengalaman tinggal bersama mentua sebagai satu perkara yang terbaik kerana banyak urusan dapat dipermudahkan tanpa perlu memikirkan pelbagai perkara.
Sebenarnya duduk dengan mentua paling bahagia, tak perlu fikir semua.
Terasa nervous nak berdikari dengan suami.
Tapi saya percaya saya boleh.
Sumber: Threads @therealatikahsuhaime
The post Atikah Suhaime Akui ‘Nervous’, Dapat Izin Mentua Pindah Rumah Sendiri – ‘Ini Yang Ditunggu Sejak Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.





