Bekas ahli EXO iaitu Huang Zitao atau Tao, akhirnya sah bergelar suami kepada Xu Yiyang, bekas pelatih SM Entertainment, dalam sebuah majlis perkahwinan yang mewah dan romantik.
Artikel Berkaitan: Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
Tao & Xu Yiyang bergelar suami dan isteri

Majlis yang digelar oleh media China sebagai ‘perkahwinan abad ini’ berlangsung di lokasi eksklusif yang dihiasi bunga-bungaan dan cahaya ungu lembut, seolah-olah berada dalam ‘dunia’ fantasi.
Tao, 32, kelihatan tampan dalam tuxedo hitam klasik, manakala Yiyang menawan dengan beberapa gaun rekaan pereka terkenal.
Pasangan ini juga bagai pinang dibelah dua berjalan beriringan sebelum berciuman di hadapan keluarga dan tetamu yang hadir.
Kek perkahwinan mereka juga menarik perhatian apabila rekaannya menyerupai istana kisah dongeng.
Pasangan merpati dua sejoli ini juga sempat bertukar ikrar perkahwinan sebelum menuju masuk ke dewan resepsi.
Terdahulu, pasangan ini mula dikaitkan dengan khabar angin percintaan pada 2020 sebelum mengesahkan hubungan mereka pada 2023.
Sebelum ini, pasangan tersebut berdepan spekulasi mengenai kehamilan dan kelahiran anak sebelum berkahwin. Pada Ogos tahun lalu, Xu Yiyang dilihat di sebuah klinik pakar sakit puan di Amerika Syarikat dan pada Disember dia dilaporkan membeli barangan bayi.
Pada Jun lalu, tersebar rakaman video menunjukkan ibu Xu Yiyang bersama seorang pengasuh yang mendukung bayi, sekali lagi mencetuskan spekulasi. Pasangan ini bagaimanapun tidak memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Sumber: Koreaboo
The post Bekas Ahli EXO, Tao Sah Bergelar Suami Xu Yiyang..Majlis Resepsi Ala Dunia Fantasi first appeared on OHBULAN!.





