25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Artis Zaman Sekarang? Tak Perlu Bakat & Pengalaman’ – Ieda Moin

    Shopee Sale

    Pelakon, Ieda Moin berkongsi pandangan mengenai realiti dunia hiburan masa kini yang disifatkan semakin berubah, khususnya buat mereka yang benar-benar bertahan atas dasar bakat serta pengalaman.

    Artikel Berkaitan: Ieda Moin Tepis Dakwaan Normalisasikan Budaya Songsang – ‘Saya Cerita Supaya Jadikan Iktibar’

    ‘Fakta bukan auta’

    Menerusi hantaran di Threads, Ieda, 46, secara terbuka berkata ramai individu yang mudah mendapat tempat dalam industri seni hanya kerana populariti di media sosial.

    Nak hidup sebagai artis zaman sekarang? Tak perlu bakat dan pengalaman dah, hanya berbekalkan populariti, pengikut berjuta, kontroversi, pakej cantik bergaya.

    Insya-Allah adalah tempatmu di dalam industri. Ini adalah fakta bukan auta bak kata mereka dan keluarga mereka.

    Luahan tersebut dilihat sebagai satu teguran sinis terhadap trend semasa yang lebih mengagungkan jumlah pengikut, isu sensasi dan penampilan berbanding kualiti kerja seni itu sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Soal Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai

    Pandangan Ieda turut mendapat perhatian wargamaya yang bersetuju bahawa industri kini semakin longgar dalam menilai kredibiliti seseorang artis.

    Manakala segelintir netizen lain beranggapan perubahan tersebut adalah sebahagian daripada evolusi dunia hiburan selari dengan pengaruh media sosial.

    Sumber: Threads

    The post ‘Artis Zaman Sekarang? Tak Perlu Bakat & Pengalaman’ – Ieda Moin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah