Pelakon Norreen Iman meluahkan hasrat agar pelakon bertubuh besar turut diberi peluang membawa watak yang lebih pelbagai.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Ada Suami Macam Razzi, Pernah ‘Struggle’ Nak Beli Lampin Anak – ‘Ini Semua Fasa Kehidupan’
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Kes Buli Anak Di Sekolah Selesai – ‘Biasalah Proses Perkembangan Kanak-Kanak, Semoga Tidak Berulang Lagi’
Demi watak
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Norreen atau nama penuhnya, Noreen Iman Abdullah, berkata dia telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan sebuah filem komedi seram dengan melakukan sendiri babak aksi meskipun memiliki fizikal badan yang besar.
Saya pergi kelas dan buat aksi sendiri, sebab maaf saya katakan, agak sukar untuk cari ‘pelakon double’ macam saya.
Saya sangat bangga dengan diri saya sebagai seseorang yang berbadan besar tetapi boleh buat babak aksi sendiri.
Norreen turut menyatakan bahawa dia mahu melihat pelakon yang memiliki fizikal besar berpeluang untuk menjadi tunggak utama di dalam sesebuah karya.
Saya tak nak pelakon berbadan besar ada di televisyen hanya untuk melawak macam biasa atau sekadar memenuhkan ruang dalam cerita tu. Saya nak jadi lebih lagi.
Di Hollywood, pelakon plus size diterima oleh industri walau apa juga watak yang dibawakan.
Dalam masa sama, Norreen mengakui dia selesa melakonkan babak aksi dan berharap diberikan peluang untuk melakonkan watak yang sama pada masa hadapan.
Saya nak buat lagi filem aksi kalau boleh. Menangis-nangis kita dah biasa buat, tapi berkaitan dengan mengejar-ngejar orang ini memang seronok.
Mungkin boleh bawa watak polis pula selepas ini.
Norreen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Nikmat Iftar Ramadan yang berlangsung di Tiffin 55, Wangsa Maju baru-baru ini.
Niat bersedekah

Sementara itu, pemilik restoran Tiffin 55 dan Pizzaiolo, Dr Johari Mat berbesar hati berkongsi tentang sajian bufet yang disediakan di dua restoran tersebut.
Menurut Johari, pendekatan yang diambil pihaknya sepanjang bulan Ramadan ini adalah berlandaskan niat untuk berkongsi rezeki dan bersedekah kepada pelanggan.
50 pelanggan pertama yang membuat tempahan untuk Ramadan ini akan menerima potongan harga sebanyak 50%.
Rata-rata harga bufet Ramadan di Kuala Lumpur lebih RM100, tetapi pihak kami berniat untuk melakukan sedekah. Maka kami tetapkan harga hanya RM80 sahaja.
Kami sediakan lebih 40 juadah setiap hari, iaitu Tiffin 55 menyediakan masakan tempatan manakala Pizzaiolo pula untuk masakkan barat, termasuk pastri dan kek.
Selain itu, pihaknya juga turut melancarkan produk sambal istimewa iaitu ‘Sambal Tempoyal Potai’, ‘Sambal Bilis Noghori’ dan ‘Sambal Cabe Ijo’ yang menggabungkan tiga rasa asli.
Produk ini juga dibungkus dengan kemas supaya sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
Dari segi harga, selalunya orang jual satu botol RM30, tapi kami jual tiga botol dalam satu pek hanya RM45 dengan bungkusan yang cantik.
The post ‘Saya Tak Nak Pelakon Berbadan Besar Hanya Melawak & Memenuhi Ruang Sesebuah Karya Sahaja’ – Norreen Iman first appeared on OHBULAN!.





