27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis Buka Kertas Siasatan Dakwaan Pelakon Wanita Diganggu Secara Seksual Di Set Penggambaran

    Shopee Sale

    Polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang pelakon wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pelakon lelaki ketika menjalani penggambaran drama.

    Artikel Berkaitan: ‘Puteri Balqis Sudah Buat Laporan Polis, Serah Bukti Berkaitan’

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’

    Polis buka kertas siasatan

    Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Fadil Marsus mengesahkan laporan berkenaan diterima pihaknya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Khamis lalu.

    Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

    Berdasarkan maklumat sumber, kejadian dipercayai berlaku sekitar Ogos lalu selepas pelakon wanita itu menerima tawaran untuk membintangi naskhah berkenaan bersama pelakon lelaki terbabit.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Terpesona Dengan Wajah Jelita Anak Gadis Que Haidar – ‘Muka International Model’

    Terdahulu, Puteri Balqis yang pernah bergandingan dengan seorang pelakon dalam sebuah drama mendakwa aktor itu bertindak tidak sopan terhadapnya selain didakwa cuba mengambil kesempatan.

    Bagaimanapun, aktres itu tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam hantaran berkenaan.

    Namun, netizen mengaitkan perkongsian tersebut dengan peminat Zarif Ghazzi memandangkan kedua-duanya kini bergandingan dalam drama Dua Nyawa.

    Kemudian, Zarif tampil menafikan dakwaan salah laku tersebut.

    Susulan kontroversi berkenaan, kedua-dua pihak dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang serta membuat laporan polis.

    Sumber: Buletin TV3

    The post Polis Buka Kertas Siasatan Dakwaan Pelakon Wanita Diganggu Secara Seksual Di Set Penggambaran first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah