27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mierul Aiman Dedah Isu Ugutan Serang Guna Parang Sudah Selesai – ‘Saya Tahu Permohonan Maaf Itu Jujur & Ikhlas’

    Shopee Sale

    Pelakon Mierul Aiman memaklumkan isu ugutan serangan yang diterimanya sebelum ini sudah diselesaikan secara baik.

    Artikel Berkaitan: Cara Mierul Aiman Berkomunikasi Raih Pujian Netizen – ‘Dah Lah Handsome, Bijak Pula’

    Artikel Berkaitan: FFM35: Khadam Dinobat Filem Terbaik, Bolot 10 Kategori! Bawa Pulang Dana RM1 Juta

    Mierul Aiman diugut

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, berkata individu terbabit sudah menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) dan memohon maaf atas tindakannya itu.

    Alhamdulillah, pihak yang meletakkan kenyataan (ugutan) tentang parang tu sudah meminta maaf kepada saya.

    Saya tahu permohonan maaf itu adalah permohonan maaf yang ikhlas dan jujur.

    Sebab saya rasa setiap isu ataupun perkara apa-apa sahaja yang kita lalui boleh diselesaikan dengan cara saling menghormati, saling berkasih sayang.

    Tambah Mierul, individu berkenaan pada awalnya menganggap kenyataan tersebut sekadar gurauan, namun tidak menyangka tindakannya telah menimbulkan salah faham.

    Individu itu anggap kenyataan tersebut sebagai satu gurauan tapi sebenarnya itu adalah gurauan yang sangat kasar dan mungkin terlebih batas.

    Jadi saya ambil isu ini sebagai satu tragedi ataupun peringatan untuk saya dan semua orang juga.

    Mierul berkata demikian ketika ditemui pada acara Filem Festival Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung di Istana Budaya pada Sabtu.

    MENARIK:  Doa Netizen untuk Nedim & Nora Danish: Kongsi Momen Makan Bersama Anak

    Ditanya mengenai reaksinya selepas dimaklumkan tentang perkara tersebut, Mierul mengakui terkejut dan mengambil keputusan untuk memohon maaf sekiranya tindakannya sebelum ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak tertentu.

    Saya sebenarnya mula-mula terkejut dengan kenyataan itu, tetapi perkara tersebut tidak berpanjangan sehinggalah saya mendapat tahu ibu saya sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

    Apabila ia melibatkan kebimbangan ibu bapa dan keluarga, kita rasa seperti sudah melakukan kesalahan terhadap pihak yang mungkin tidak bersetuju dengan tindakan kita.

    Jadi, saya mengambil langkah memohon maaf sekiranya ada tindakan saya sepanjang jelajah yang menyinggung mana-mana pihak.

    Terdahulu, Mierul mencuri perhatian selepas menerima komen berunsur ugutan daripada seorang pengguna media sosial yang mendakwa mahu menyerangnya menggunakan parang.

    Dalam perkembangan lain, Mierul berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Harapan menerusi filem Tarung: Unforgiven pada FFM35 selepas menewaskan empat calon lain iaitu Merah Muhaimin, Shahfi Rafiq, Thom Phan dan Xid Haixal.

    The post Mierul Aiman Dedah Isu Ugutan Serang Guna Parang Sudah Selesai – ‘Saya Tahu Permohonan Maaf Itu Jujur & Ikhlas’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah