Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi gaya hidup Islam terkemuka di bawah REV Media Group (REV), kini menawarkan langganan tanpa iklan kepada 1.5 juta penggunanya.
Artikel Berkaitan: Ciri Hebat & Lebih Terkini, Waktu Solat Malaysia Umum Pembaharuan Aplikasi & Jangkauan Global!
Artikel Berkaitan: Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat Dengan Aplikasi Waktu Solat Malaysia
Akses premium tanpa gangguan

Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati akses penuh kepada semua ciri premium dalam aplikasi dengan pengalaman yang lebih lancar dan bebas gangguan.
Setakat ini, Waktu Solat Malaysia merekodkan sebanyak 9.8 juta muat turun dengan purata 8.3 juta sesi setiap bulan, sekali gus mencerminkan tahap penerimaan serta kepercayaan tinggi pengguna terhadap platform gaya hidup Islam yang menyeluruh ini.
Menurut Safwan Rahim, Pengurus Program OTT di REV, menyatakan bahawa pihaknya mengambil serius maklum balas pengguna, khususnya berhubung iklan yang mengganggu sehingga menimbulkan kekeliruan.
Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syakwasangka kandungan yang tidak sesuai.
Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.
Pengguna boleh melanggan plan tanpa iklan secara bulanan, suku tahun atau tahunan pada kadar berpatutan dengan diskaun menarik selepas mengemas kini versi aplikasi di App Store dan Play Store.
Boleh akses ke platform Tonton juga

Harga langganan yang ditawarkan bermula dari RM9.90 sebulan, RM28 bagi tempoh tiga bulan bersamaan RM9.33 sebulan berbanding RM45 harga biasa, serta RM108 setahun atau RM9 sebulan berbanding RM180 kebiasaannya.
Langganan boleh dilakukan dengan mudah melalui pelbagai kaedah pembayaran termasuk plan rangkaian mudah alih, FPX, e-dompet, kad kredit atau debit, selain kemudahan perbankan DuitNow.
Selepas melanggan, pengguna dapat menikmati penggunaan aplikasi sepenuhnya tanpa sebarang gangguan iklan, merangkumi ciri seperti waktu solat, Al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan solat serta zikir.
Aplikasi ini juga menampilkan portal Islamik di http://www.waktusolat.digital yang menyajikan berita, kandungan pendidikan, dan panduan gaya hidup.
Selain itu, pengguna yang melanggan juga diberikan akses penuh ke platform penstriman Tonton, membolehkan mereka menonton semua kandungan premium tanpa iklan.
Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan, dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut serta butiran langganan, pengguna boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Play Store.
Melalui langganan premium tanpa iklan, pengguna dapat menikmati semua ciri tanpa gangguan serta mengakses kandungan eksklusif di Tonton.
Waktu Solat Malaysia bertekad menjadi rakan digital bagi umat Islam, menggabungkan kemudahan, ilmu, dan panduan rohani dalam satu platform yang menyeluruh.
The post Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Langganan Tanpa Iklan, Beri Akses Penuh Buat 1.5 Juta Pengguna first appeared on OHBULAN!.





