Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial yang mendedahkan sisi gelap segelintir masyarakat di Malaysia melibatkan kes sumbang mahram.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 2 Tahun Bapa Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung, Teman Tidur Sekatil Selepas Kematian Isteri – ‘Saya Sudah Terlanjur Sayang Ayah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bolehkah Gugurkan Anak Sumbang Mahram? Ini Penjelasannya
Sumbang mahram

Menerusi hantaran di kumpulan Facebook, seorang individu secara terbuka bertanya jika ada ibu atau isteri yang pernah terlanjur dengan anak lelaki bujang mereka sendiri. Individu tersebut malah mengajak ahli lain untuk tidak malu berkongsi pengalaman tersebut.
Pendedahan ini mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya tidak menyangka perbuatan tidak bermoral itu seolah-olah cuba dinormalisasikan dalam kumpulan media sosial.
Susulan daripada itu, Fadzli Aziz iaitu selaku Kaunselor Rumah Tangga tidak menafikan bahawa situasi sedemikian seringkali berlaku di Malaysia.
Dia turut mendedahkah kisah benar melibatkan sepasang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa.
Disebabkan abang yang cari duit dan jaga adik perempuan, tanggung segalanya bahkan mereka susah senang sama-sama, tambahan pula semakin dewasa semakin tinggi sexual drive mereka.
Mereka pula mengasingkan diri dari orang luar, akhirnya dua beradik telah menjadi seperti suami isteri.
Disebabkan itu, setiap individu termasuk ibu bapa atau anak-anak perlu menjaga aurat sesama sendiri bagi mengelakkan kejadian sebegini daripada berlaku.
Kisah mak dan anak pula, satu je pesan saya, jagalah aurat walaupun antara mak dan anak lelaki dewasa. Begitu juga sebaliknya. Jangan buka ruang walaupun sekecil-kecil ruang.
Yang menjadikan kita baik walaupun di saat berpeluang adalah iman. Bangunkan iman insyaAllah diri terjaga.
Sumber: Facebook Fadzli Aziz
The post Individu Kongsi Kisah Benar Dua Beradik Terjerumus Sumbang Mahram – ‘Akhirnya Mereka Telah Menjadi Seperti Suami Isteri first appeared on OHBULAN!.





