29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak Saya Tanya, Bila Nak Cerai’ – Linda Hashim Dedah Cahaya Mata Jadi Saksi Rumah Tangga Bergolak

    Shopee Sale



    Linda Hashim

    Pelakon Linda Hashim mendedahkan, anak sulungnya iaitu Jelita Clarissa ada bertanya mengenai status permohonan cerainya terhadap suami, aktor Beego.

    Anak tak halang

    Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata, anak-anak tidak menghalang tindakannya untuk bercerai kerana mahu melihat ibu mereka meraih kebahagiaan sendiri.

    Anak saya yang sulung, Jelita ada tanya bila saya nak bercerai? Saya tak cakap apa-apa dengannya tetapi mungkin ada kawan-kawan dia beritahu yang saya pergi ke mahkamah melalui berita.

    Mungkin juga kawan-kawannya tahu dia anak siapa dan turut bertanya kepadanya. Saya minta maaf dan katakan yang saya ada masalah.

    Tetapi dia menyokong dan tiada halangan. Dia cakap tak mengapa mummy, it’s okay. Buat sahaja yang terbaik sebab Jelita nak mummy happy. Janji mummy happy.

    Linda berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus usai sebutan kes perceraian bersama suami, Beego, pada Khamis.

    Mahkamah kemudian telah memutuskan kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

    Dalam pada itu, Linda memberitahu, dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa kepada anaknya kerana mereka sudah tahu apa yang terjadi dan menjadi saksi segala kemelut yang berlaku.

    Saya tak pernah ambil masa untuk beritahu anak-anak sebab mereka tahu apa yang terjadi. Segala yang berlaku semuanya depan anak-anak.

    Kekuatan

    Sementara itu, ditanya bagaimana mendapat kekuatan untuk menempuh ujian rumah tangga, Linda menjawab, segalanya dikumpulkan selama 12 tahun menempuh hidup bersama Beego.

    Saya dapat kekuatan ini semua dari segala pengalaman saya dan daripada 12 tahun hidup berumah tangga. Lagi banyak saya diduga, saya jadi lagi kuat.

    Jadi kekuatan itu datang daripada situ, bukan daripada sesiapa. Saya tak bergantung kepada sesiapa, hanya kepada Allah. Alhamdulillah, Allah yang beri kekuatan itu selama ini.

    Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

    MENARIK:  [VIDEO] Cikgu ‘Berhempas Pulas’ Telefon Pelajar Lewat Hadir Untuk Kertas Sejarah SPM 2024 – ‘Beruntungnya Anak-Anak Sekarang’

    Perkara itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

    Linda mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

    Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

    Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah