Zaman sekarang, kalau kita tengok anak-anak atau adik sendiri scroll TikTok, YouTube atau main game online, mesti timbul perasaan risau. Sebab realitinya, dunia digital hari ini bukan lagi sekadar hiburan malah ia dah jadi ruang berisiko tinggi terutamanya untuk kanak-kanak.
Kanak-Kanak Malaysia Antara Paling Aktif Guna Internet

Lebih mengejutkan, kanak-kanak di Malaysia dilaporkan antara yang paling aktif menggunakan internet. Difahamkan 91% remaja Malaysia (13–17 tahun) online setiap hari dan 70% remaja pernah terdedah kepada kandungan berbahaya.
Paling membuatkan orang ramai risau, dilaporkan lebih 100,000 kanak-kanak jadi mangsa eksploitasi seksual dalam talian setiap tahun.
Memang menakutkan. Dari buli siber, doxxing, kandungan ganas, self-harm, sampai la ke grooming dan deepfake, semua ancaman ini wujud betul-betul di hujung jari.
Apa Sebenarnya Bahaya Yang Sedang Berlaku?

Ramai ibu bapa fikir anak hanya ‘tengok video lawak’ atau ‘main game je’. Tapi ancaman digital hari ini jauh lebih kompleks:
Buli Siber & Gangguan: Komen kasar, ejek-ejekan, penyebaran gambar… semua ini boleh hancurkan emosi anak.
Algoritma Berbahaya: Tanpa sedar, platform boleh syorkan video ekstrem, konten kebencian, atau self-harm.
Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak (CSAM): Grooming boleh berlaku melalui voice chat game, DM Instagram, atau WhatsApp.
Penipuan dan Deepfake: Kanak-kanak mudah jadi sasaran kerana belum bijak menilai identiti sebenar seseorang.
Maklumat Salah dan Konten Tak Sesuai Umur: Mereka terdedah kepada naratif yang salah atau tidak sesuai perkembangan usia.
Dengan risiko setinggi ini, kita tak boleh lagi berdiam diri.
Keselamatan Internet Bukan Tugas Satu Pihak Je, Tapi Tanggungjawab Semua
Malaysia mengangkat satu naratif penting: ‘Keselamatan kanak-kanak di internet = tanggungjawab bersama’
Berikut merupakan golongan-golongan yang terlibat dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di internet ini terjaga.
Pengawal Selia: Tetapkan standard keselamatan minimum yang semua platform mesti ikut — bukan suka hati.
Penyedia Platform: Kena lebih agresif kenal pasti ancaman, sekat grooming, kuatkan verifikasi umur.
Ibu Bapa, Guru & Komuniti: Perlu tingkatkan literasi digital dan lebih peka terhadap aktiviti online anak-anak.
Pakar, NGO & Influencer: Bantu fahamkan pengguna, betulkan maklumat salah, dan kempenkan keselamatan digital.
Keselamatan siber untuk kanak-kanak bukan isu teknikal semata-mata ia adalah isu perlindungan pengguna.
Malaysia Mula Perkenalkan Langkah Baharu Untuk Lindungi Pengguna
Melihat ancaman yang makin kritikal, Malaysia kini bergerak ke arah pendekatan regulatori berfasa. Berikut merupakan fokus Malaysia pada ketika ini:
Tindakan proaktif platform terhadap eksploitasi kanak-kanak
Bukan tunggu laporan baru nak bertindak.
Verifikasi umur yang lebih ketat
Kurangkan risiko kanak-kanak melihat konten dewasa atau ekstrem.
Kawalan ibu bapa lebih mantap & mudah digunakan
Masuk akal, user-friendly, dan efektif.
Moderasi kandungan lebih telus
Pengguna tahu kenapa sesuatu konten dipadam atau dibiarkan.
Mekanisme penyeliaan yang tersusun
Supaya aduan boleh disiasat dan diambil tindakan lebih pantas.
Pendek kata, Malaysia menuju ke arah internet yang lebih selamat, lebih bertanggungjawab, dan lebih mesra pengguna.
Negara Lain Pun Dah Mula Bertindak, Malaysia Kini Ikut Langkah Sama
Bukan Malaysia sahaja yang risau. Negara-negara lain pun sudah mula mengetatkan undang-undang:
United Kingdom: Ofcom menguatkuasa undang-undang keselamatan kanak-kanak & kewajipan platform.
Australia: Ada kod industri wajib, verifikasi umur, dan Pesuruhjaya eSafety yang kuat kuasa.
Singapura: Pendekatan multi-agensi + penilaian risiko terhadap kandungan berbahaya.
Vietnam: Peraturan ketat terhadap gangguan online, doxxing dan konten memudaratkan.
Filipina: Wajib pengesahan ID atau nombor telefon + tempoh masa jelas untuk turunkan konten berbahaya.
Malaysia kini mengambil langkah sama dalam memastikan platform tak boleh lepas tangan soal keselamatan pengguna, terutama kanak-kanak.
Kesimpulan: Internet Selamat Bukan Lagi Pilihan, Ia Keperluan Yang Mendesak
Generasi muda Malaysia membesar dalam dunia digital.
Walau bagaimanapun, tanpa perlindungan yang betul, dunia itu boleh jadi sangat merbahaya.
Sebab itu negara kini bergerak memperkenalkan peraturan baharu supaya:
- Kanak-kanak lebih selamat
- Platform lebih bertanggungjawab
- Ibu bapa lebih berdaya
- Ekosistem digital lebih sihat
Internet yang selamat bukan sekadar impian, ia tanggungjawab bersama.
The post Anak Kita Sedang Bahaya Di Alam Maya, Sudah Tiba Peraturan Baru Lindungi Kanak-Kanak Diperkenalkan first appeared on OHBULAN!.





