29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Jaslinda Minta Berhenti Sebar Cerita Tak Sahih Tentang Punca Kehilangan – ‘Segala Persoalan Akan Terjawab Bila Tiba Waktunya’

    Shopee Sale

    Anak kepada pendaki wanita yang hilang di Tapah, Perak iaitu Jaslinda Saludin memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan cerita kurang sahih berhubung kehilangan ibunya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Allah Kabulkan Doa Kami’ – Suami & Anak Sempat Solat Hajat Di Kaki Gunung Sebelum Jaslinda Saludin Ditemui

    Artikel Berkaitan: Doktor Senaraikan Risiko Yang Mungkin Terjadi, Sifatkan Jaslinda Saludin Sebagai Wanita Kuat Mental

    Cerita tidak benar

    Menerusi hantaran di Threads, anak Jaslinda berkata dia menyedari terdapat pelbagai spekulasi dan komen yang timbul dalam media sosial sejak ibunya dilaporkan hilang.

    Apabila melihat beberapa komen tentang kehilangan ibu saya, saya sedar terdapat beberapa pihak yang membuat andaian sendiri.

    Daripada pelbagai cerita yang disampaikan, ada yang benar dan ada juga yang tidak tepat. Tidak salah untuk berkongsi pandangan atau nasihat, kami terima semuanya.

    Namun, saya berharap kita semua dapat mengelakkan daripada membuat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar, lebih-lebih lagi menggunakan kata-kata yang kurang baik.

    Dalam masa sama, anak Jaslinda turut meminta orang ramai supaya memberi ruang kepada ibunya untuk berehat dan memulihkan keadaan selepas melalui pengalaman getir tersebut.

    Saya memohon agar semua bersabar, tidak mudah mempercayai setiap cerita yang didengar dan memberi ruang kepada ibu untuk pulih serta merehatkan diri buat masa ini.

    Insya-Allah segala persoalan akan terjawab dengan izin-Nya apabila tiba waktunya. Kepada semua yang sentiasa berkata baik dan mendoakan yang terbaik, kami amat menghargainya. Terima kasih.

    Terdahulu, Jaslinda berjaya ditemui oleh penduduk Orang Asli berhampiran kawasan sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Perak pada 7 Jun lalu selepas dilaporkan hilang selama 14 hari.

    MENARIK:  Haliza Maysuri & Suami Bukan Orang Senang, Gadai Emas Demi Bisnes – ‘Dengan Motor Kapcai Buruk Kami Guna Untuk Berniaga’

    Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 23 Mei ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih hingga Kuala Woh.

    Penemuan Jaslinda mengundang rasa syukur pelbagai pihak selain disifatkan sebagai satu keajaiban buat keluarganya selepas operasi pencarian dijalankan selama dua minggu.

    Sumber: Threads

    The post Anak Jaslinda Minta Berhenti Sebar Cerita Tak Sahih Tentang Punca Kehilangan – ‘Segala Persoalan Akan Terjawab Bila Tiba Waktunya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah