26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lana Nodin Idam Watak Mencabar – ‘Fasa Sekarang Bukan Lagi Untuk Cari Populariti’

    Shopee Sale

    Pelakon, Lana Nodin mengakui bahawa populariti bukan lagi menjadi matlamat utamanya dalam dunia seni, sebaliknya dia kini lebih mengutamakan peluang mencari rezeki menerusi minatnya dalam bidang lakonan.

    Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Kau Kena Saman, Baik Kau Diamlah’ – Lana Nodin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lana Nodin Luah Rasa Syukur Dapat Cium Hajar Aswad Kali Kedua Ketika Tunai Umrah

    Bukan kejar populariti

    Ketika ditemui , Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 46, berkata dia kini lebih selektif menerima tawaran lakonan dan mengutamakan watak yang mampu memberikan pengalaman baharu serta mencabar kebolehannya sebagai pelakon.

    Saya tidak kisah perkara itu dilupakan peminat kerana dalam fasa sekarang ini bukan lagi untuk mencari populariti tetapi mengumpul rezeki.

    Saya berlakon kerana minat, kalau ada tawaran berlakon dan watak itu sesuai, Insya-Allah saya tak akan sia-siakan.

    Lana berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 x Cuckootopia Power Launch yang berlangsung di Hyatt Regency, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Lana menjelaskan dia masih menerima tawaran berlakon, namun perlu mempertimbangkan tempoh penggambaran dan kesesuaian watak agar komitmen kerja tidak menjejaskan urusan keluarga.

    Jelasnya, dia bukanlah meninggalkan industri seni, sebaliknya mahu memastikan komitmen kerja tidak mengganggu urusan keluarga yang turut memerlukan perhatiannya.

    Saya perlu memilih tawaran yang tidak mengambil masa terlalu lama, tidaklah saya ini keluar terus dari dunia lakonan, ada sahaja tawaran berlakon yang saya terima. Malah beberapa drama juga sedang dipertimbangkan.

    Tapi, saya tak boleh terlalu aktif. Bukan tak nak, tapi selain memilih watak mengikut kesesuaian masa, saya juga perlu memilih karakter yang sesuai dengan penampilan sekarang.

    Lana turut menyuarakan hasrat untuk meneroka karakter yang belum pernah dibawakannya sebelum ini sebagai cabaran baharu dalam perjalanan karier lakonannya.

    Tambah Lana, peluang membawa watak yang lebih berat turut membuktikan kebolehannya kepada pihak produksi yang sebelum ini mempersoalkan kemampuannya untuk menjayakan karakter sedemikian.

    Saya memang mengintai watak sebegini. Saya sudah 20 tahun berlakon, kalau boleh sekarang ini berilah saya watak yang berlainan.

    Ramai penerbit yang mempersoalkan kebolehan saya membawa watak yang lebih mencabar. Namun mereka sedar saya sebenarnya mampu melakukannya.

    Seperti watak pesakit HIV, memang mencabar kerana menuntut saya untuk mengalirkan air mata setiap masa. Penerbit sedar saya boleh melakonkan watak berat seperti itu.

    Sebagai pelakon, pada tahap ini, saya hanya mahu mencabar kebolehan lakonan saya. Jadi pasti saya terima kalau ada lagi watak berat dan mencabar, sudah-sudahlah berikan saya watak antagonis atau penyondol.

    Lana pada masa sama, memaklumkan bahawa kehidupannya kini turut tertumpu kepada tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan keluarga.

    MENARIK:  Bantuan Awal Persekolahan 2025: KPM Mulakan Agihan RM150 kepada Murid

    Keadaan itu menjadi antara faktor dia perlu merancang jadual dengan lebih teliti, tambahan pula suaminya kini turut sibuk menjalankan tugas selepas dilantik sebagai Pengarah Pasukan Bola Tampar Malaysia.

    Saya lebih banyak menghabiskan waktu dengan keluarga, menguruskan perpindahan ke rumah baharu.

    Dalam masa yang sama, saya juga perlu menguruskan anak-anak kerana suami sedikit sibuk setelah dilantik menjadi Pengarah Pasukan Bola Tampar Malaysia.

    Sebelum ini suami saya banyak masa di rumah menjaga anak-anak sementara saya bekerja, namun sekarang keadaan bertukar sebaliknya.

    Sementara itu, Lana dan keluarga turut merancang untuk pulang ke Amerika Syarikat bagi menziarahi ahli keluarga di sana selepas kira-kira dua tahun tidak berkesempatan berbuat demikian.

    Menurut Lana, hasratnya untuk pulang ke sana adalah kerana mahu menjenguk bapa mentuanya yang kini berusia 84 tahun, namun perancangan perjalanan perlu disesuaikan dengan jadual persekolahan anak-anak.

    Dalam masa yang sama, kami sekeluarga merancang untuk pulang ke Amerika Syarikat (AS) bagi melawat keluarga. Agak lama, dua tahun juga saya tidak pulang menjenguk mereka.

    Bapa mertua saya pun sudah berusia 84 tahun, jadi saya perlu menziarahi mereka. Kami sekeluarga terpaksa susun jadual kerana anak-anak masing-masing sekolah.

    The post Lana Nodin Idam Watak Mencabar – ‘Fasa Sekarang Bukan Lagi Untuk Cari Populariti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah