27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Jatuh Hina Pun Kahwini Wanita Berstatus Janda’ – Fazley Yaakob

    Shopee Sale

    Usahawan dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir warganet yang membangkitkan status Bella Astillah sebagai janda kepada dua anak susulan perkahwinannya dengan Syed Saddiq.

    Artikel Berkaitan: Kaki Fazley Yaakob Terseliuh, Vida Seloroh Ujian Fasa Bertunang – ‘Dari Ipoh Terus Ke Kuala Lumpur Sebab Nak Ziarah…’

    Artikel Berkaitan: Bimbang Dibuli, Fazley Yaakob Pernah Ambil Keputusan Keluar Asrama – ‘Ada Junior Mulut Dia Dimasukkan Seluar Dalam Sendiri’

    Kahwin janda

    Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menegaskan bahawa status seseorang wanita tidak seharusnya dijadikan ukuran dalam menilai kebahagiaan rumah tangga, apatah lagi mempertikaikan keputusan seseorang dalam memilih pasangan hidup.

    Ramai jugak orang yang ‘bod** piang’ eh zaman-zaman threads ni?

    Bila BASS dah nikah, banyak pulak yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?

    Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya dan yang janda pulak mana tahu boleh bantu bawak ke pintu syurga!

    Fazley turut menegaskan bahawa status janda bukan alasan untuk seseorang wanita dipandang rendah kerana kebahagiaan rumah tangga tidak ditentukan oleh status perkahwinan seseorang.

    Tak jatuh hina pun kahwin janda, dan bukan dapat anugerah pun kahwin anak dara.

    Chill ok guys.. doakan kebahagian orang dapat pahala tau dari buat dosa kering persoalkan takdir dan jodoh!

    Tambah Fazley, orang ramai seharusnya mendoakan kebahagiaan pasangan itu daripada mempertikaikan jodoh dan pilihan hidup mereka kerana perbuatan tersebut hanya mengundang dosa.

    MENARIK:  Fyna Jebat Dakwa Jadi Simpanan Selama Empat Tahun, Pilih Mahkamah Sebagai Solusi – ‘Anak Aku Sampai Nak Masuk Dua Tahun’

    Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bergelar suami isteri selepas selamat disatukan menerusi akad nikah dengan sekali lafaz di Menara Merdeka 118 pada pagi Sabtu.

    Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu sebelum mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa baharu dalam hubungan mereka.

    Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019. Mereka kemudiannya kembali rujuk, namun hubungan itu sekali lagi berakhir dengan perceraian pada 13 Jun 2024.

    Hasil perkahwinan tersebut, Bella dan Aliff dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Jatuh Hina Pun Kahwini Wanita Berstatus Janda’ – Fazley Yaakob first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah