27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #TriviaXTRA: Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Pelakon? Ini 3 Fakta Zahirah Macwilson Ramai Tak Tahu

    Shopee Sale

    Siapa sangka di sebalik kejayaan pelakon jelita, Zahirah Macwilson dalam industri seni, dia sebenarnya pernah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang jauh berbeza daripada dunia lakonan.

    Lebih menarik, Zahirah juga mendedahkan bidang lakonan bukanlah cita-cita asalnya ketika zaman kanak-kanak.

    Malah, aktres itu turut berkongsi satu lagi fakta menarik mengenai dirinya yang mungkin tidak diketahui ramai, iaitu pernah menjadi peminat tegar kumpulan pop terkenal, S Club 7.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: Beri Susu Badan Atau Formula Bukan Ukuran Ibu Sempurna? Ini Pandangan Zahirah Macwilson

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Jangan Terlalu Obses Dengan Kerjaya’ – Watak Ibu Kehilangan Anak Ubah Perspektif Zahirah Macwilson Tentang Kehidupan

    Tiga Fakta Menarik Zahirah Macwilson

    Menerusi #TriviaXTRA kali ini, Zahirah yang juga isteri kepada aktor, Aiman Hakim Ridza itu berkongsi tiga fakta menarik mengenai kehidupan peribadinya, termasuk pengalaman bekerja sambil belajar di Australia.

    1. Pernah Bekerja Dengan Syarikat Penerbangan Virgin Australia

    Menurut Zahirah, dia pernah menimba pengalaman bekerja dalam industri penerbangan ketika melanjutkan pengajian di Australia.

    Saya pernah bekerja dalam airlines, kerja sambil belajar di Australia. I used to work with Virgin Australia.

    2. Peminat Tegar Kumpulan S Club 7

    Dalam pada itu, Zahirah turut mengimbau minatnya terhadap kumpulan pop terkenal Britain, S Club 7 yang pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu-lagu popular mereka.

    I was a really big fan of S Club 7.

    3. Pernah Bercita-Cita Menjadi Doktor Atau Doktor Gigi

    Siapa sangka, sebelum memilih laluan dalam dunia hiburan, Zahirah sebenarnya pernah menyimpan impian untuk menceburi bidang perubatan.

    Saya sebenarnya kecil-kecil nak jadi doktor atau dentist.

    Perkongsian tiga fakta tersebut memperlihatkan sisi berbeza Zahirah di luar dunia lakonan, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk mengenali pelakon itu dengan lebih dekat.

    MENARIK:  UTV Angkat Bakat Baharu, Cungkil Kreativiti & Idea Segar Karya Tempatan

    The post #TriviaXTRA: Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Pelakon? Ini 3 Fakta Zahirah Macwilson Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah