31.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haiza Hanafi Bidas Cadangan Sekolah Dibuka Hingga Malam – ‘Kesianlah Cikgu’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi tampil memberikan respon terhadap cadangan supaya sekolah dibuka sehingga waktu malam, yang telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

    Artikel Berkaitan: Haiza Hanafi Pegang Nasihat Rohana Jalil, Jangan Potong Usus Untuk Cepat Kurus

    Artikel Berkaitan: Haiza Hanafi Dedah Allahyarham Jaafar Onn Nak Kerusi Urut Sebagai Permintaan Terakhir

    Jangan rage bait

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang warganet mencadangkan agar sekolah beroperasi sehingga malam dengan guru bertugas mengikut syif bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja menguruskan anak-anak mereka.

    Bagaimanapun, cadangan itu mendapat perhatian Haiza yang tampil membidas pandangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak wajar terhadap golongan pendidik.

    Janganlah buat rage bait yang macam ni.

    Kesianlah cikgu.

    Penyampai radio KOOLFM itu memahami pengorbanan seorang guru dalam membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, apatah lagi dirinya membesar sebagai anak kepada seorang pendidik.

    MENARIK:  Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’

    Menurut Haiza, ketika bapa bertugas sebagai guru, masa bersama keluarga agak terhad kerana tuntutan kerja, namun tetap berusaha memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak.

    Sebagai anak cikgu, saya rasa masa abah saya sangat terhad dengan anak-anak tapi dia tetap usaha juga memenuhi apa jua kehendak kami.

    Bila kata guru ‘rileks sangat’ keterlaluan.

    Haiza turut menyifatkan dakwaan bahawa guru mempunyai kerjaya yang santai adalah keterlaluan, seolah-olah memandang ringan terhadap komitmen dan tanggungjawab yang dipikul golongan pendidik.

    Dalam masa yang sama, Haiza turut menitipkan pesanan kepada para guru supaya sentiasa menjaga kesihatan mental mereka.

    Cikgu, jaga kesihatan mental anda okey.

    Sumber: Threads

    The post Haiza Hanafi Bidas Cadangan Sekolah Dibuka Hingga Malam – ‘Kesianlah Cikgu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah