Anak perempuan kepada pelakon veteran, Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah meluahkan rasa sebak apabila perlu menjadi wakil bapanya untuk pencalonan terakhir di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026.
Artikel Berkaitan: Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur
Artikel Berkaitan: Anak Dedah Jalil Hamid Kecewa , Hasrat Tunaikan Haji Terbantut – ‘Dah Pergi Kursus Tapi Tak Dapat Teruskan’
Terima jemputan
View this post on Instagram
Menurut Afiqah, dia sentiasa menjadi individu yang paling gembira setiap kali bapanya meraih anugerah, malah tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada bapanya.
Bagaimanapun, Afiqah berkata dia tidak menyangka akan tiba masanya untuk menghadiri acara berprestij itu bagi mewakili arwah bapanya.
Menjadi anak perempuan yang sentiasa bersorak untuk ayah, bertepuk tangan dengan penuh gembira dan meraikan setiap kali ayah menang, serta menangis dalam doa setiap kali ayah tidak berjaya.
Kini, saya menjadi insan yang akan mewakili ayah pada pencalonan terakhir ayah untuk Anugerah Seri Angkasa.
Dalam hantaran sama, Afiqah mengakui dirinya bukanlah siapa-siapa jika dibandingkan dengan arwah bapanya yang banyak menabur bakti dalam industri seni.
Bagaimanapun, dia tetap akan menghadiri acara berprestij itu bagi mewakili arwah bapanya.
Saya bukanlah sesiapa jika dibandingkan dengan segala usaha gigih yang telah ayah curahkan sepanjang hampir 47 tahun dalam industri ini.
Namun, saya adalah anak perempuan ayah dan saya akan berada di sana.
Saya akan hadir ke majlis Anugerah Seri Angkasa bagi mewakili ayah, membawa nama ayah dan sentiasa menyimpan ayah erat di dalam hati.
Demi ayah, selamanya.
Untuk info, arwah Jalil tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik di ASA2026 untuk lakonannya dalam drama Kalam Murabbi dan Pimpinku Ke Jannah.
Sebelum ini, arwah Jalil dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari pada 4 Mei lalu.
Sumber: Threads
The post Anak Arwah Jalil Hamid Sebak Wakil Bapa Ke Anugerah Seri Angkasa – ‘Demi Ayah, Selamanya’ first appeared on OHBULAN!.





