27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Pernah Kongsi Sekeping Roti Canai Dengan Azhan Rani, Beto Kusyairy Tak Anggap Zaman Susah Sebagai Titik Terendah

    Shopee Sale

    Berkongsi sekeping roti canai dan hanya menikmati air kosong bersama rakan seperjuangan mungkin dianggap sebagai detik sukar dalam kehidupan, namun tidak bagi pelakon Beto Kusyairy.

    Bagi Beto, pengalaman hidup serba sederhana yang pernah dilaluinya bersama aktor Azhan Rani bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai titik terendah, sebaliknya menjadi kenangan bermakna dalam perjalanan membina kerjaya sebagai anak seni.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Skrip Yang Baik Ada Harga, Bukan Murah’ – Beto Kusyairy Tegaskan Industri Perlukan Penulis Berkualiti

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: Lakonan Satu Babak Pun Boleh Jana Royalti Jutaan, Beto Kusyairy Mahu Malaysia Ikut Jejak Negara Luar

    Pernah Melalui Zaman Susah Bersama Azhan Rani

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen #POVXTRA kali ini, Beto berkongsi pengalaman ketika mula bertapak dalam industri hiburan, termasuk detik pernah berkongsi makanan bersama rakan pelakon, Azhan Rani.

    Saya bermula daripada bawah jadi ada satu ketika saya pernah mengalami makan roti canai sekeping dengan ais kosong berkongsi dengan Azhan Rani.

    Anggap Zaman Susah Sebagai Perjalanan Indah

    Bagaimanapun, Beto tidak melihat pengalaman tersebut sebagai titik paling rendah dalam kehidupannya, sebaliknya menganggap segala kesusahan itu sebagai sebahagian daripada proses yang membentuk dirinya hari ini.

    Saya tak anggap itu titik terendah. Saya anggap peristiwa itu sebagai suatu perjalanan yang mendidik dan menjadikan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

    Perkongsian itu memperlihatkan bagaimana pengalaman hidup yang sukar tidak semestinya meninggalkan kenangan pahit, sebaliknya boleh menjadi peringatan untuk terus menghargai setiap rezeki dan pencapaian.

    MENARIK:  ‘Selidik Dahulu Sebelum Boikot, Jangan Tuduh Melulu’ – Ella

    Bagi Beto, perjalanan dari bawah bukan sesuatu yang perlu dikesali, tetapi pengalaman bermakna yang mengajarnya erti kesyukuran.

    The post POV XTRA: Pernah Kongsi Sekeping Roti Canai Dengan Azhan Rani, Beto Kusyairy Tak Anggap Zaman Susah Sebagai Titik Terendah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah