33.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tersentuh Najis Kering, Perlu Ke Basuh Tangan?

    Shopee Sale

    Ramai yang tertanya-tanya, jika tangan tersentuh najis yang sudah kering, adakah wajib membasuh tangan atau memadai jika tiada kesan yang melekat?

    Persoalan ini sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    Artikel Berkaitan: ‘Nampak Bersih Tapi..’ – Wanita Kongsi Kisah Benar ‘Cara’ Bersihkan Najis Yang Salah, Hati-Hati!

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Ibu Bapa Cuci Najis Anak Di Singki, Tukar Lampin Atas Sejadah & Di Meja Makan’ – Auntie Ja

    Tersentuh najis

    Memetik Jabatan Mufti Negeri Selangor, sekiranya seseorang itu yakin najis melekat pada tangan, dia hendaklah mencucinya agar bebas daripada kotoran.

    Jika ragu tangan itu kering atau basah, hendaklah lihat tangan tersebut ada kesan najis atau tidak. Jika tiada maka tangan itu bersih.

    Jika ada najis melekat, maka tangan itu bernajis dan hendaklah dicuci.

    Menjelaskan lanjut, mufti berkata kategori lembap itu dikira boleh memindahkan najis kerana belum benar-benar kering. 

    MENARIK:  Norman Hakim Balas Tuduhan dan Meminta Abby Abadi Berhenti Memperkatakan Isu Marissa Dania di Media Sosial

    Jelasnya, beberapa ulama telah mengesyorkan cara-cara untuk menghilangkan penyakit was-was.

    Ini antaranya, mengambil sikap tidak peduli iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut.

    Kemudian, bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was.

    Mereka yang ditimpa penyakit was-was ini sebenarnya sedang diuji iaitu ujian menentang syaitan.

    Dalam pada itu, mufti menjelaskan seseorang perlu mempelajari tatacara ibadah yang sahih supaya dapat mempelajari ibadah yang sempurna dan menghilangkan penyakit was-was.

    Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia.

    Perlindungan daripada Allah SWT teramatlah penting dalam usaha mengekangnya.

    Sumber: Jabatan Mufti Selangor

    The post Tersentuh Najis Kering, Perlu Ke Basuh Tangan? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah