26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ini 5 Selebriti & Usahawan Yang Pernah Jadi Perhatian Kerana Jumlah Bayaran Zakat

    Shopee Sale

    Pendedahan selebriti, Jep Sepahtu mengenai pembayaran zakat mencecah RM300,000 mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi rekod bayaran tersebut di media sosial baru-baru ini.

    Menurut Sinar Harian, bayaran RM300,000 itu dibuat pada 2025, manakala rekod yang dikongsikan merangkumi tempoh 10 tahun dari 2016 hingga 2025 mencecah hampir RM2 juta.

    Daripada puluhan ribu hingga jutaan ringgit, pembayaran zakat beberapa nama popular turut pernah mendapat liputan media. Ada yang berkongsi resit, ada pula tampil mewakili syarikat pada majlis penyerahan zakat.

    Menerusi XTRAPEDIA kali ini, berikut lima nama popular dengan kisah pembayaran zakat yang pernah menjadi perhatian.

    Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Tunjuk Resit Bayar Zakat Cecah RM300k Setahun – ‘Mana Mungkin Hak Orang Aku Nak Ambil’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Bukan Mahu Riak, Impi Tambah Nilai Zakat Perniagaan Lebih RM1 Juta – ‘Saya Doa Supaya Allah Panjangkan Rezeki’

    1. Jep Sepahtu -RM300,000 pada 2025

    Perkongsian Jep menarik perhatian apabila pelawak itu memaparkan rekod pembayaran zakat selama sedekad.

    Menurut mStar, resit berkenaan melibatkan zakat perniagaan bagi tempoh 2016 hingga 2025.

    Jep menjelaskan perkongsian tersebut bertujuan menunjukkan bukti pembayaran yang telah dibuat.

    Resit ini untuk dibuktikan bukan dibanggakan.

    Angka RM300,000 yang mendapat perhatian itu merupakan bayaran pada 2025, bukannya jumlah terkumpul sepanjang sepuluh tahun berkenaan.

    2. Siti Nurhaliza – RM98,233.05 dalam penyerahan zakat syarikat

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut pernah mendapat perhatian apabila tampil mewakili syarikatnya dalam majlis penyerahan zakat.

    Menurut Utusan Malaysia pada 24 September 2025, Siti mewakili CTDK Holdings Sdn. Bhd. menyerahkan zakat sebanyak RM98,233.05 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

    Jumlah tersebut merujuk kepada penyerahan dalam majlis berkenaan.

    Dalam laporan mStar pada hari sama, Siti menjelaskan dia memastikan zakat perniagaan dan perseorangan dilunaskan setiap tahun. Baginya, hasil yang diperoleh turut mempunyai bahagian untuk orang lain.

    3. Wawa Zainal – RM1 juta menerusi perniagaan bersama suami, Aeril Zafrel

    Pelakon dan usahawan Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel, turut menjadi perhatian dengan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM1 juta menerusi Wawa Global Sdn. Bhd. pada 2025.

    MENARIK:  Mimifly Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Jojo One Nation Emcees – ‘Terima Kasih Atas Kasih Sayang Yang Diberikan’

    Menurut laporan XTRA pada 16 Disember 2025, perkara itu dikongsikan sempena Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) anjuran LZS.

    Aeril menjelaskan mereka diminta pihak LZS untuk berkongsi perkara tersebut di media sosial bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

    Wawa pula berharap pembayaran itu dapat memberi manfaat kepada asnaf, selain menjadi sebahagian daripada tanggungjawab mereka apabila perniagaan berkembang.

    4. Aliff Syukri – RM2 juta zakat perniagaan

    Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri pernah menjadi tajuk berita apabila jumlah zakat perniagaan syarikatnya mencecah RM2 juta pada 2025.

    Menurut Kosmo! pada 16 Disember 2025, jumlah keseluruhan itu dibayar menerusi D’Herbs Holdings Sdn. Bhd. kepada LZS.

    Isterinya, Datin Seri Shahida, memaklumkan 2025 mencatatkan bayaran zakat perniagaan tertinggi dalam sejarah syarikat mereka ketika itu.

    Lebih menarik, Aliff turut mengimbas pengalamannya sebagai penerima bantuan zakat sebelum mampu menunaikan bayaran sebesar itu melalui perniagaan yang dibangunkan.

    5. Kieda Crepe – RM80,000 kepada Zakat Pulau Pinang

    Usahawan dan personaliti media sosial Kieda Crepe turut mendapat perhatian selepas menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM80,000 kepada Zakat Pulau Pinang.

    Menurut Gempak pada 18 Julai 2025, Kieda berkongsi rasa syukur atas sokongan pelanggan sejak perniagaannya bermula dari rumah sehingga mempunyai kedai dan mengadakan jelajah jualan seluruh Malaysia.

    Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memohon doa agar dapat menjadi insan yang lebih bermanfaat serta meningkatkan pembayaran zakat dari tahun ke tahun.

    Jumlah yang disenaraikan merujuk kepada bayaran dalam laporan dan tempoh yang dinyatakan. Bayaran menerusi syarikat tidak mewakili keseluruhan zakat peribadi selebriti berkenaan.

    Sumber: Sinar Harian, mStar, Utusan Malaysia, XTRA

    The post Ini 5 Selebriti & Usahawan Yang Pernah Jadi Perhatian Kerana Jumlah Bayaran Zakat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah