27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Perlu Kad Atau Peranti, Kini Lebih Mudah Dengan JustGO

    Shopee Sale

    Kereta sekarang makin canggih. Ada push start, keyless entry, skrin touchscreen dan pelbagai teknologi yang buat pengalaman memandu jadi lebih mudah.

    Tapi bila sampai bab tol, masih ada yang tercari-cari kad, pastikan peranti berfungsi dan berharap semuanya okay bila sampai di lorong pembayaran.

    Ini dah tahun 2026. Takkan bab tol pun masih kena serabut macam dulu?

    Kereta makin pintar, cara bayar tol pun patut sama

    Perubahan dalam dunia automotif memang ketara.

    Kalau dulu kita biasa dengan kunci kereta, sekarang banyak model dah guna keyless entry dan push start. Dashboard yang penuh dengan butang pula semakin digantikan dengan paparan digital dan touchscreen yang nampak lebih clean.

    Jadi, konsep pembayaran tol juga sepatutnya bergerak ke arah yang sama.

    Bergantung pada kad atau peranti fizikal boleh jadi kurang praktikal apabila kad tercicir, terlupa dibawa atau peranti tiba tiba kehabisan bateri.

    Tak perlu peranti tambahan, JustGO guna nombor plat kereta

    View this post on Instagram

    A post shared by JustGO Malaysia (@justgo_my)

    JustGO menawarkan cara yang lebih seamless dengan menggunakan teknologi Automatic Number Plate Recognition atau ANPR.

    Teknologi ini membolehkan nombor plat kenderaan dikenal pasti dan dihubungkan dengan JustGO digital wallet.

    Kini, JustGO tersedia di 93 lorong di sepanjang Lebuhraya PLUS. Jadi, apabila kereta melalui laluan yang menyokong sistem JustGO, nombor plat akan dikenal pasti secara automatik dan palang boleh dibuka tanpa perlu korang mencari kad atau menggunakan peranti tambahan.

    Tak perlu stick on pada cermin, tak perlu wayar dan tak perlu risau bateri peranti habis.

    Jom Ronda Dengan JustGO, Hadiah Menanti!

    Nak kenal JustGO dengan lebih dekat? Korang boleh singgah ke Jom Ronda yang akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

    MENARIK:  [VIDEO] Intan Najuwa Dedah Sikap Suami, Siapkan Persiapan Raya Sendiri – ‘Dia 100 Kali Cerewet Dari Saya’

    Menariknya, pengunjung yang menyertai Jom Ronda dan mendaftar JustGO juga bakal menerima hadiah istimewa berupa tumbler dan T-shirt JustGO.

    Jadi, bolehlah datang sambil jalan jalan, daftar JustGO dan balik dengan goodies khas pula.

    Berikut lokasi dan waktu Jom Ronda:

    15 Oktober 2026 (Khamis)

    • 12 tengah hari: Bandar Tasik Puteri, Rawang dan Kota Kemuning, Shah Alam
    • 4 petang: R&R Sungai Buloh (Jejantas) dan UTC Shah Alam

    16 Oktober 2026 (Jumaat)

    • 12 tengah hari: Bandar Bukit Mahkota, Bangi dan Hero Supermarket, Putrajaya
    • 4 petang: R&R Dengkil dan Kota Warisan, Sepang

    17 Oktober 2026 (Sabtu)

    • 12 tengah hari: Bandar Baru Bangi dan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
    • 4 petang: Bangi Gateway dan Putra Loka, Putrajaya

    18 Oktober 2026 (Ahad)

    • 12 tengah hari: Pusat Penjaja Tasik Permaisuri, Cheras dan Taman Seri Gombak
    • 4 petang: Taman Tasik Ampang dan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

    Ada contest menarik menanti!

    JustGO turut menganjurkan contest yang bermula 12 Oktober 2026. Follow Instagram rasmi @justgo_my untuk mengetahui cara penyertaan dan maklumat lanjut.

    Bila kereta dah makin smart, tak salah kalau pengalaman membayar tol pun ikut sama. Cermin depan lebih clean dan kurang satu perkara untuk dirisaukan ketika memandu.

    Korang dah ready untuk upgrade cara bayar tol?

    Untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut mengenai JustGo, layari platform rasmi JustGO.

    The post Tak Perlu Kad Atau Peranti, Kini Lebih Mudah Dengan JustGO first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah