Pelakon Sophia Albarakbah berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang menjadi pilihannya untuk dijadikan teman hidup.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Lihat Budaya Negara Lain Sambut Hari Raya’ – Sophia Albarakbah
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Syukur Keluarga Tak ‘Menekan-Nekan’ Tanya Fasal Jodoh – ‘Mereka Hormat’
Ciri-ciri lelaki idaman

Menerusi perkongsian di TikTok, Sophia, 33, mengakui tertarik dengan lelaki yang bijak serta mempunyai minat yang sehaluan dengannya.
Tambah pelakon berusia 33 tahun itu, dia berpendapat keserasian antara pasangan juga memainkan peranan penting dalam sesebuah hubungan.
Saya suka orang yang bijak. Saya suka orang yang boleh berbual dengan baik dan mendalam.
Sebab itu saya tak kahwin lagi, kena cari yang bijak.
Lelaki itu kena bijak baca keadaan. Kena ada minat yang sama.
Mengulas lanjut, Sophia tidak meletakkan kerjaya sebagai ukuran utama dalam memilih pasangan sebaliknya memadai lelaki itu mempunyai pekerjaan serta mampu menjaga dirinya.
Sekufu itu penting. Saya tak kisah daripada segi karier asalkan ada kerja.
Janji boleh jaga saya dan keluarga. Daripada segi fizikal, sejujurnya saya tak kisah sebab kalau dah suka, kita okey saja dengan semua.
Sumber: TikTok @sembangseram
The post ‘Saya Suka Lelaki Yang Bijak’ – Sophia Albarakbah first appeared on OHBULAN!.





